
Nama Mas Hidzhir Khan
atau lebih dikenali sebagai Mas Khan bukanlah nama yang asing dalam industri
hiburan tanah air. Namun mungkin ada dalam kalangan peminat yang masih tidak
mengenali kemunculan beliau. Untuk pengetahuan, Mas Khan antara pelakon yang
membintangi drama bersiri Gerak Khas TV2.
Pelakon yang kini
semakin meningkat naik mendedahkan beliau pernah terjebak dengan cinta lokasi
bersama pelakon seksi Lana Nodin. Mengulas lebih lanjut, Mas Khan yang
digandingkan dengan Lana Nodin memberitahu Lana Nodin sangat berlagak pada awal
pertemuan mereka sekitar tahun lalu.
Kali pertama bertemu
ketika sesi bacaan skrip filem berkenaan, pelakon berbadan sasa berusia 21 tahun
itu menjelaskan lagak Lana yang sedikit “kekwat” atau sombong mula membuatnya
gementar.
Lalu hasil inisiatif
pengarah yang mahu mewujudkan keserasian mereka berdua, dua pelakon itu pernah
terjebak dengan cinta lokasi namun tidak berpanjangan. Difahamkan hubungan
mereka hanya bertahan enam bulan. Lana juga sedang bahagia melewati fasa indah
bersama suami, Mohd Daud Mckienzie.
“Memang awal jumpa, dia
(Lana) memang tak mahu borak dengan saya. Biasalah. Saya pula artis baru. Tapi
akhirnya kami jadi akrab. Atas usaha pengarah yang mahu kami cipta keserasian,
daripada situ kami kerap keluar bersama dan jadi rapat selepas seminggu terbabit
dalam penggambaran.
“Cuma selepas itu, kami
bawa haluan masing masing. Kisah lama itu biarlah berlalu. Baru-baru ini, kami
ada bertemu balik kerana menjayakan sesi fotografi yang diaturkan untuk
mempromosi filem ini. Saya tumpang bahagia dengan rumah tangganya,” kata Mas
Khan yang sudah dua tahun berkecimpung dalam arena seni.
Menerusi filem romantik
thriller itu, Mas Khan kali pertama membawakan watak utama. Biasan juga menjadi
percaturan pertamanya melangkah ke layar perak. Sebelum ini, Mas Khan pernah
berlakon drama Gerak Khas, Eksperimen Cinta dan Kasih.
Selain menyanyi dan
berlakon, Mas Khan juga menjadi pengacara. Ketika ini dia sedang terbabit
melunaskan baki penggambaran program Eskpresi Eko sebanyak 13 episod untuk RTM.
Dia juga akan ke lokasi filem Abang Long Fadil 2 arahan Syafiq Yusof tak lama
lagi.
SUMBER
GOSIPMALAYSIA
0 Response to "Pengakuan Mengejutkan Mas Khan Bongkar Kisah Silam Bersama Lana Nodin!"
Post a Comment