7 Perkara
Kecil yang Boleh Buat Suami Kecil Hati Dengan Isteri Tanpa Disedari | Puan-puan
sekalian, kita perlulah berhati-hati dengan cara bagaimana kita menjaga suami
dan perkahwinan. Jangan biarkan perkara kecil merosakkan sesuatu yang memberi
kebahagiaan yang besar dalam hidup kita.
Suami
kecil hati
Menerusi
SirapLimau.com kami senaraikan beberapa perkara yang para isteri mungkin lakukan
tanpa sedar. Dan perkara ini boleh membuatkan suami kecil hati. Mungkin juga
boleh memusnahkan rumahtangga!
1. Hidup
dalam keadaan di luar kemampuan anda
Seorang
wanita tua yang bijak menasihatkan: “Perkara terbaik yang anda sebagai seorang
isteri boleh lakukan adalah dengan hidup dalam kemampuan suami”.
Wahai
para isteri, tunjukkanlah penghargaan dan hormat terhadap suami anda dengan
berhati-hati menguruskan bajet dan gunakan apa yang ada sebaiknya. Uruskanlah
kewangan dengan bijak.
Selalu
mengeluh kerana tidak mempunyai cukup wang untuk memenuhi kehendak diri atau
berhutang dengan banyak menggunakan kad kredit adalah cara yang teruk untuk
mengucapkan ‘Terima kasih’ kepada pasangan yang telah bekerja keras setiap hari
untuk menyara keluarga.
Ya, anda
mungkin tidak mempunyai cukup wang untuk membeli handbag jenama Coach yang anda
inginkan bertahun-tahun, tetapi suami anda akan lebih menyayangi dan menghargai
anda kerana anda menerima apa yang mampu dia berikan.
2.
Sentiasa bersifat negatif pada suami
Anda
bencikan rambut anda, anak sepahkan mainan dan rumah yang berselera. Belum lagi
meluat dengan perangai jiran depan rumah anda dan juga rakan sekerja yang kurang
bijak.
Sebaik
sahaja suami anda melangkah masuk dalam rumah, anda segera memberitahu dan
membebel mengenai perkara-perkara negatif dan kemarahan yang dipendam sepanjang
hari.
Mampukah
anda bayangkan beban yang terpaksa ditanggung? Lelaki suka membetulkan sesuatu,
dan jika sering dibayangi oleh segala rungutan, adalah susah baginya untuk
menyelesaikan masalah anda.
Satu
perkara yang semua orang perlu tahu dalam melayari bahtera perkahwinan, seorang
lelaki mahukan isterinya gembira.Namun, jika dia tidak mampu memberikan
kegembiraan tersebut, ini akan membuatkannya tidak gembira.
Tidak
mengapa jika anda mengalami hari yang teruk sekali sekala, tetapi jangan
jadikannya satu kebiasaan. Kalau betul-betul mahu cerita, cuba urut-urut suami
dulu. Mesti dia dengar punya!
3.
Mendahulukan benda yang lain selain suami
Apabila
anda meletakkan anak anda, ibu, kawan baik, bakat atau kerjaya lebih utama dari
suami anda, ini menunjukkan mesej yang jelas bahawa suami anda tidak penting.
Bayangkan mesej ini disampaikan kepada anda setiap hari selama bertahun-tahun.
Apa akan jadi pada harga diri anda?
Utamakan
suami anda terlebih dahulu
Walaupun
kadang-kadang ianya kelihatan melawan gerak hati dan tidak produktif, saya rasa
anda akan menjumpai kunci kebahagiaan sebenar dalam rumah tangga. Begitu banyak
pasangan yang bercerai pada masa kini kerana mereka mengabaikan penjagaan dan
kasih sayang untuk suami dan tidak mengutamakan pasangan mereka.
4. Tidak
memberi suami makan dengan air tangan sendiri
Mulut
suami tentu akan kata, “Eh, abang tak kisah pun. Abang tau ayang penat. Kita
bungkus aje lah ye”.
Itu
keluar dari mulut dia, tetapi hati suami kata lain. Lambat-laun, dia akan rasa
jemu dan jelak dengan makanan luar. Ini mungkin boleh buat suami ‘makan luar’
betul-betul.
5.
Menolak ajakan suami ke katil
Lelaki
amat mendambakan dan menginginkan kemesraan fizikal bersama isterinya. Apabila
anda sering menolak untuk bermesra, suami akan kecewa.
Seks
bukanlah suatu alat untuk mengawal pasangan anda; ia patut dilihat sebagai suatu
cara untuk anda mendekati antara satu sama lain. Benda sedap, kenapa nak
tolak?
Kasih
sayang dan mengasihani merupakan satu rahmat dalam hidup berumahtangga. Seorang
suami yang romantik selalu ingin berkongsi sesuatu hanya dengan isterinya.
Walaupun anda tiada mood, buat-buatlah rajin layan dia. Suami kalau boleh, mahu
hari-hari!
6. Tidak
bercakap dalam bahasanya
Perempuan
suka memberikan ‘hint’. Mungkin kerana ia memang sudah sedia ada dalam DNA
seorang perempuan. Tetapi lelaki tidak faham. Dan itu sememangnya ada dalam DNA
mereka!.
Jangan
buang masa anda memberikan hint yang tidak jelas yang dia tidak fahami. Berterus
teranglah dengan dia dan jujurlah dengan perasaan anda. jika dia tanya
“Kenapa?”, jangan membalas dengan “Tiada apa-apa”
Dan
kemudian mengharapkan dia dapat membaca apa yang ada dalam fikiran dan emosi
anda. Berterus teranglah mengenai perasaan anda. Bila suami kecil hati, susah
juga.
7.
Mengarah suami buat kerja, on the spot
Katakan
suami sedang layan Astro, sambil kakinya bersilang. Nampak sungguh dalam keadaan
rehat. Sedangkan isteri sibuk di dapur. Tentu sekali isteri rasa ‘panas hati‘.
Mulalah mahu bagi suami kerja.
“Bang,
tolong buang sampah tu, dah penuh”. Dengan yakin sekali, jawapan yang biasa kita
dengar ialah, “Kejap, nanti dulu. Nanti abang buat la. Nak tengok cerita ni
kejap”.
Bila
sudah marah, isteri dengan muka muncung akan buang sampah itu, sambil lalu
menonong depan suami. Tentu sekali suami kecil hati.
Ingat,
suami bukannya tidak mahu buat. Dia akan buat. Kalau dia kata mahu repair paip
atau wiring, dia akan buat. Cuma mungkin 6 bulan lagi!
Akhir
kata
Apa yang
dapat disimpulkan, bukannya susah nak jaga ‘laki‘. Cuma ada dua benda sahaja
iaitu jaga perutnya dan jaga ‘bawahnya‘. Itu sahaja!
Jika dia
‘kenyang‘ kedua-duanya, pasti tidak akan marah-marah dan berkecil
hati.
Mudah
bukan? Credit : Suara Buruk
0 Response to "Ini lah 7 perkara kecil yang boleh buat suami kecil hati tanpa isteri sedari"
Post a Comment