
Kami
mengadakan uji bakat untuk mencari pengganti vokalis asal yang boleh memberi
nafas semula kepada kumpulan Spin selepas lima tahun pemergian arwah
Achik.

Kumpulan
Spin dari kiri; Fidaz, Shah, Aie dan Raymie bersama vokalis baru mereka iaitu
Awis (duduk).
"Awis
telah dipilih sebagai vokalis baru kumpulan Spin selepas kami mendapati dia
mempunyai jiwa dalam menyampaikan lagu dan memahami perjuangan Spin," katanya
kepada mStar
Online.Kumpulan
Spin ditemui pada majlis 'Santai Bersama Spin' di Restoran Hase Ikan Bakar,
Damansara Damai.

Awis,
penyanyi baru Spin.
Majlis
itu merupakan tribute kepada arwah Achik yang telah meninggal dunia lima tahun
lalu akibat kemalangan jalan raya.
Tambahnya
lagi, kemunculan semula Spin selepas lima tahun menyepi dari industri muzik
adalah untuk meneruskan perjuangan kumpulan itu dengan mengekalkan genre muzik
yang sama.
"Perjuangan
kami terhenti seketika selepas pemergian arwah Achik serta sukar untuk bergerak
kerana tidak mempunyai vokalis dan kami mengambil keputusan untuk membawa haluan
masing-masing.
"Kemunculan
semula kumpulan ini adalah untuk meneruskan perjuangan Achik dan Spin bagi
merubati kembali hati peminat serta memeriahkan lagi industri seni tanah
air.
"Kami
akan mengekalkan genre muzik yang sama seperti dahulu dan akan mewarnai muzik
tersebut dalam bentuk yang lebih moden dengan mengikut pengedaran zaman masa
kini," jelasnya.
Kumpulan
tersebut kini tampil dengan lima orang anggota iaitu Awis (Vokalis), Raymie
(Pemain Bes), Fidaz (Dram), Shah (Gitaris) dan Aie (Gitaris).
Terdahulu,
Allahyarham Achik Spin meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14
Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) selepas kenderaan pelbagai guna
(MPV) terbabas setelah melanggar papan tanda.
Spin
suatu ketika dahulu pernah popular dengan lagu Mengusung Rindu, Janji Kita,
Utusan Rindu dan Hadirlah Mustika yang masih menjadi siulan ramai.
Sumber
: Mstar Online
0 Response to "Inilah Wajah Terkini Adik Allahyarham Achik Spin Yang Turut Menggantikan Tempat Arwah Dalam Kumpulan Spin"
Post a Comment