
Sebut saja 7 Eleven, pastinya anda akan
teringat bahawa kedai serbaneka 24 jam ini menghidangkan pelbagai kemudahan
bermula daripada makanan dan minuman sehinggalah menjual pen. Lupakan sebentar
mesin Slurpee yang tidak habis-habis rosak dan kami kongsikan kenapa ia dibuka
24 jam.
Nama 7 Eleven itu sendiri sebenarnya bermula daripada
waktu operasi mereka sekitar tahun 1946 di mana kedai hanya dibuka bermula
daripada pukul 7 pagi sehingga 11 malam. Malah nama asal 7 Eleven sebelum ini
adalah Tote’m kerana ramai akan membawa bag tote ketika membawa pulang keperluan
yang dibeli di sana.
Bagaimanapu perkara tersebut berubah pada tahun 1963
(ketika ini sudah ada 1000 cawangan), apabila rantaian kedai ini mula menukar
waktu beroperasi hanya kerana satu kejadian – yang mendatangkan keuntungan
kepada mereka, semestinya.
Ia bermula apabila sebuah 7 Eleven yang terletak
berhampiran di University of Texas yang akan menjadi sangat penuh selepas habis
sebuah perlawanan bola sepak Amerika. Oleh kerana orang yang terlalu ramai makan
terpaksalah kedai dibuka sehingga melebihi waktu biasa
operasi.
Melihatkan kepada hasil jualan dan keuntungan yang
memberangsangkan – hanya pada malam itu sahaja, maka kedai serbaneka yang
terletak di Texas, Amerika Syarikat itu pun mula beroperasi 24 jam sehari dan 7
hari seminggu, secara kekal.
Kemudiannya, cawangan lain pun turut menukar
waktu operasi baru mereka sehingga kini dan masihmengekalkan nama lama mereka –
7 Eleven. Jadi, jika selepas ini anda melihat mana-mana logo 7 Eleven, anda
boleh kongsikan sejarah mengenainya kepada rakan anda.
Bagi kami, ia
merupakan bukti bagaimana keputusan dalam satu malam mampu mencipta sejarah yang
berterusan di samping dapat membantu memudahkan orang ramai. Mungkin selepas
ini, perniagaan anda sendiri juga mempunyai sejarah yang tersendiri.
BONUS:
Tahukah anda 7 Eleven di Jepun turut menyediakan tandas? Ya, ia sangat
bersih.
Apa pendapat anda mengenai perkongsian ini? Kongsikan bersama
kami di ruangan komen.
0 Response to "Inilah Cerita Sebenar Di Sebalik Kenapa 7 Eleven Dibuka 24 Jam Sehari"
Post a Comment