
KUALA LUMPUR: Cadangan Menteri
Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan
supaya merancang perjalanan dengan bangun lebih awal untuk menangani isu
peningkatan harga tol nyata mengundang pelbagai reaksi di kalangan orang
ramai.
Baru-baru ini, Bekas Naib
Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju, Shahbudin Husin mengritik kenyataan Abdul Rahman
yang dianggap sebagai satu penghinaan kepada rakyat.
Menerusi laman blog beliau,
shahbudindotcom.blogspot.com, Shahbudin berkata cadangan Rahman keluar awal
hanya menunjukkan pemikiran menteri yang tidak matang.
“Kalau beginilah cara berfikir
dan melayan rungutan rakyat oleh seorang menteri yang bertaraf Pengarah
Komunikasi Strategik BN, lebih baiklah dilantik budak-budak lalok yang jaga
parking di sekitar Chow Kit sebagai anggota kabinet," kata Shahbudin dalam entri
terbaharu di laman blognya.
Menurut Shahbudin, pada
hakikatnya ramai warga kota yang keluar rumah sebaik saja selepas subuh
semata-mata untuk mengelakkan kesesakan jalan raya.
Tetapi mereka seringkali
terperangkap dengan urusan lain seperti menghantar isteri ke pejabat dan
anak-anak ke sekolah.
“Adakah menteri berkenaan mahu
warga kota keluar ke tempat kerja seawal pukul 3 atau 4 pagi setiap hari?” soal
Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Wangsa Waju itu.
Malah, Shahbudin turut
mempersoal kenyataan Abdul Rahman yang menyatakan kerajaan menyediakan jalan
alternatif kepada pengguna jalan raya yang tidak mahu menggunakan
tol.
“Adakah semua jalan bertol
mempunyai jalan alternatifnya?
“Dari pusat bandar Kuala
Lumpur ke Putrajaya misalnya, mana jalan alternatif tanpa tolnya?,” soalnya
lagi.
Sementara itu, netizen turut
utarakan beberapa cadangan bernas berkenaan caj tol berikutan kenyataan yang
dikeluarkan oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
itu.
Antara saranan yang popular
adalah diskaun tol untuk pengguna yang menggunakan lebuh raya sebelum jam 6
pagi.
Dalam satu sidang media pada
Selasa, Rahman Dahlan yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan
Kerajaan Tempatan berkata penggunaan jalan alternatif adalah satu cara untuk
mengelak daripada membayar tol. Namun pengguna jalan raya perlu bangun awal
kerana penggunaan jalan alternatif kebiasaannya akan membuatkan masa perjalanan
ke destinasi lebih panjang.
SUMBER ASTROAWANI
0 Response to ""Itukah cara menteri layan rungutan rakyat?""
Post a Comment