
TALLAHASSEE,
Florida 3 Nov. –
Seorang lelaki mampu mengumpul kekayaan sebanyak AS$15 juta (RM64 juta) hanya
dengan mengutip bola golf di sekitar Florida.
Lelaki tersebut, Gleen
Berger, dahulu terpaksa menganggur selama 14 tahun terpaksa hidup dengan mencuri
bola golf namun semuanya berubah apabila dia mendapat idea yang kemudiannya
merubah dirinya menjadi jutawan.
“Ketika
itu saya seorang pengganggur dan saya mencuri bola golf di padang golf
berdekatan rumah saya. Kemudian saya menyedari, perkara itu tidak betul untuk
mencari wang,” kata
Berger.

Berger kemudian memutuskan
untuk menyelam ke dasar tasik di sekitar padang golf di Florida dan menjual
bola-bola golf tersebut dengan harga murah.
Setakat ini dia telah berjaya
membawa naik 1.3 hingga 1.7 juta bola golf setahun.
Berger menjual bola golf yang
dibawa naik olehnya pada harga serendah AS$1 (RM4.2) sebiji.

Bagaimanapun, pekerjaan itu
bukanlah semudah yang disangka kerana dia terpaksa berhadapan dengan cabaran dan
bahaya di dasar tasik seperti meja, kereta golf, mesin pemoton rumput, ular dan
yang paling teruk adalah buaya.

Menurut Berger lagi, sebelum
turun ke dasar tasik, dia sentiasa memastikan tasik tersebut selamat namun dia
masih lagi terserempak dengan beberapa ekor buaya yang menghuni tasik di padang
golf di sekitar Florida.
“Pada
suatu ketika, saya tiba-tiba terasa tangan saya sudah berada di dalam mulut
seekor buaya. Tanpa berlengah, saya melompat keluar dari dalam air,” katanya.
0 Response to "Lelaki Kumpul Kekayaan RM64 Juta Hanya Dengan Kutip Bola Golf"
Post a Comment