
2 minggu lepas, dalam
perjalanan pulang ke rumah dari klinik, saya singgah ke sebuah pasar raya.
Selesai membeli barang dapur, saya ke sebuah gerai donut. Saya membeli 1/2 dozen
donut untuk keluarga di rumah. Saya juga memesan kopi, namun disebabkan kopi
saya agak lama untuk disediakan, saya duduk di sebuah kerusi.
Sedang saya menunggu,
saya melihat kelibat 6 orang anak-anak berusia antara 3 tahun hingga 15
tahun.
“Abang ada sikit duit.
Jadi, kita boleh beli 3 biji donat. 2 orang akan kongsi 1 donat. Boleh?” tanya
si abang kepada adik-adik. Masing-masing tersenyum girang.
Saya mengagak mereka
dari keluarga yang susah. Dari segi pakaian dan perbualan mereka, itu mungkin
telahan saya. Saya hanya melihat dari sudut sahaja.
“Semuanya, RMXX”
jurujual memberitahu.
“Hah? Abang tak cukup
duit ni!” kata si abang, wajahnya cuak. Saya yakin, abang tadi lupa mengira GST.
Ya, apa yang terpapar pada skrin jualan hanyalah harga donat tanpa
GST.
“Abang mintalah duit
dengan mak,” adik pula bersuara.
“Mak pun mesti takde
duit,” balas abang lagi.
Saya segera bangun, lalu
memesan,
“Tambah lagi 3
donat,”
“Akak…ini adik takda
duit,” jawab jurujual tadi.
“Takpe, biar saya
bayar,”
Saya melihat 6 orang
adik beradik. 3 orang dari mereka mungkin bersekolah rendah manakala 3 orang
lagi kelihatan agak matang.
“Kakak, mak saya tak
bagi minta-minta dengan orang ini. Kalau mak tahu, mesti saya kena marah,”
sambil tunduk si abang bersuara.
“Eh? Mana ada awak
minta. Kakak yang nak belikan untuk adik-adik semua. Kan?” saya senyum sambil
mengangkat kening melihat si abang.
Usai sesi jual beli, 3
orang adik yang kecil berebut-berebut mengambil donat manakala 3 orang lagi
hanya diam memerhati.
“Kenapa tak makan
donut?” tanya saya.
“Tak cukup” balas si
abang.
“Kan ada 6 donat tu.
Seorang satu lah. Cukup,” saya balas.
“Bukan kak. Kami orang
susah, ini pertama kali kami makan donat ini. Adik-adik saya yang kecil ini
mesti akan minta lagi. Biarlah kami bertiga yang mengalah. Lagipun, memang sudah
niat saya untuk belanja adik-adik dengan upah kerja sambilan saya,”
katanya.
Saya menahan
sekuat-kuatnya agar tidak menangis di depan mereka. Saya berpura-pura kehausan
dan meminum kopi yang dipesan tadi berulang kali agar mereka tidak melihat
perubahan wajah saya.
“Awak nak bantu mak ayah
awak?” tanya saya kepada 3 orang adik beradik yang tua.
“Nak!” pantas mereka
menjawab.
“Kamu semua belajar
rajin-rajin. Hanya dengan ilmu, insyaAllah kamu semua akan dapat ubah nasib
keluarga. Jadi orang berguna. Susah macam mana pun, kamu kena belajar
rajin-rajin. Allah sangat-sangat suka orang yang mencintai ilmu. Jika Allah
sayangkan kita, apa lagi nikmat dunia yang kita mahukan?”
Mereka semua tunduk.
Duduk girang ketawa di satu sudut, 3 orang adik beradik mereka yang kecil. Masih
terlalu mentah untuk faham semua yang berlaku.
Ya Allah. Hati ini
runtun. Jangan ada yang pertikaikan kenapa mereka beli donat mahal sedangkan
mereka miskin. Sekurang-kurangnya, mereka isikan keinginan mereka dengan harta
yang halal dari hasil titik peluh sendiri. Mereka tidak meminta apatah lagi
mencuri.
Mereka bukan tidak sedar
diri, tidak mengukur baju di badan sendiri, mereka cuma mahu melihat senyuman
dari insan tersayang. Dan saya berharap agar mereka kelak menjadi pemimpin yang
soleh diredhai Allah. Ameen. – Nurul A.
Sumber
: THM
0 Response to "‘KAK, KAMI ORANG SUSAH & INI PERTAMA KALI KAMI MAKAN DONUT’"
Post a Comment