
"Usianya 35 tahun, pernah berkahwin. Agak berisi
sedikit orangnya dan menariknya, dia juga asal dari Johor. Kami berjumpa masa
saya membuat persembahan di Kulai Jaya. Tanpa disedari, cintaku berputik dan
awal 2015, saya sudah melamar dia. Seronok!" demikian kata Jaafar Onn yang
memilih seorang janda sebagai peneman hidupnya.
Jaafar yang hampir 28 tahun hidup bersendirian
itu bagaimanapun enggan mendedahkan nama dan wajah wanita yang bakal dikahwini
itu kerana mahu memberi kejutan pada hari perkahwinannya nanti pada awal tahun
hadapan.
"Mula-mula kita
segan jugalah hendak ke tahap bercinta. Maklum sajalah, umur pun dah berapa,
kan? Sangat jauh perbezaan antara kami. Bagaimanapun bila nampak macam boleh
pergi jauh, kita berserah kepada Allah. Kalau sudah jodoh, tidak akan ke mana,"
ujar Jaafar dipetik sebagai berkata.
"Mana tahu, selepas hidup berdua balik, boleh
jadi lebih baik. Boleh sama-sama melakukan ibadah dan bina hidup baharu
bersama-sama," jelasnya.
Apa pun, semoga perjalanan majlis pernikahan
Jaafar Onn dan juga bakal isteri nanti berjalan lancar selain dipermudahkan
segala urusan.
0 Response to "NIKAH TAHUN DEPAN - JAAFAR ONN PILIH JANDA SEBAGAI PENEMAN HIDUP"
Post a Comment