Larian Antarabangsa Pertama Di Kabul


DENGAN dikawal pengawal bersenjata di sepanjang laluan dan haiwan ternakan yang menghalang jalan raya, kawasan pergunungan Aghanistan mungkin merupakan salah satu tempat terakhir untuk melihat acara larian maraton.

Namun, penganjur James Bingham and James Willcox iaitu pengasas pengendali pelancongan Untamed Borders menjadikan ia satu realiti apabila menganjurkan acara itu di wilayah Bamyan, dekat barat Kabul.

Menurut Wilcox, tujuan utama penganjuran adalah untuk memberi pengalaman istimewa kepada peserta di samping menarik pelbagai faedah sampingan termasuk perpaduan.

“Acara ini membawa wang tunai kepada ekonomi di salah sebuah kawasan kurang membangun di negara ini," katanya.

Bagi peserta pertama yang menghabiskan larian, Keith MacIntosh, 41, maraton antarabangsa pertama Afghanistan berbeza dengan lebih 20 perlumbaan pernah disertai dan ia nyata meninggalkan kenangan luar biasa.

“Ini bukan hanya sebuah perlumbaan tetapi untuk cuba bertindak sebagai duta larian di tempat yang langsung tidak mengamalkan budaya begini. Jadi adalah penting untuk terus senyum dan berterima kasih kepada penduduk tempatan kerana mengalu-alukan kedatangan kami,” menurutnya.

Daripada 120 peserta, hampir 60 pelajar perempuan bertanding dalam perlumbaan 10 kilometer itu, di mana Zainab, 25, menjadi wanita pertama Afghanistan yang berjaya melengkapkan perlumbaan tersebut. 

0 Response to "Larian Antarabangsa Pertama Di Kabul"

Post a Comment