Kuala Lumpur – Seorang lelaki
yang digelar Ustaz Kasanova kini diburu pihak Jabatan Agama Islam Wilayah
Persektuan (Jawi) selepas gagal mematuhi proses jaminan Bahagian Penguatkuasaan
Jawi dan hilang tanpa kesan.
Mohd Razis Ismail, 33,
dikehendaki selepas gagal hadir menyambung proses jaminan pada 29 Oktober 2015
atas kesalahan pernikahan sindiket dan berpoligami tanpa kebenaran
mahkamah.
Pengarah Jawi, Paimuzi Yahya
berkata, siasatan mendapati suspek telah berkahwin tanpa mengikut prosedur yang
ditetapkan undang-undang dan hukum syarak serta tidak mendaftarkan perkahwinan
dan penceraiannya.
“Suspek mempunyai lapan isteri
tanpa prosedur perkahwinan yang sah dan bersekedudukan dengan wanita terakhir
sejak 2012 sehingga dikurniakan dua anak luar nikah.
“Dia yang berperwatakan
seperti ustaz menggunakan status bujang untuk menipu mangsa sehingga berkahwin
dengan menyasarkan golongan penuntut wanita institusi pengajian tinggi yang
memiliki paras rupa dan juga janda yang mempungai pendapatan bagi menampung
hidupnya,” jelas Paimuzi pada sidang akhbat di sini sebentar tadi, lapor
Kosmo.
0 Response to "USTAZ KASANOVA DI BURU"
Post a Comment