MELAKA - Hasrat Presiden Amanah, Mohamad Sabu
untuk menggantikan Pas dalam mentadbir Kerajaan Kelantan pada PRU14 hanyalah
sekadar 'cakap-cakap kosong'.
Pesuruhjaya Pas Melaka, Kamarudin Sidek
menyifatkan mustahil untuk Amanah yang belum berusia setahun mampu mentadbir
sebuah negeri.
“Saya belum jumpa sepanjang sejarah parti
politik berusia setahun jagung bercakap nak tawan negeri dalam masa sepenggal
kewujudannya, kecuali indah khabar dari rupa.
“Dulu kata nak tumbangkan BN tetapi hari ini
buat kerja nak tumbangkan Pas. Rakyat pun keliru apa yang mereka hendak
sebenarnya. Jadi saya serulah sesiapa yang terkeliru dengan dakyah Amanah supaya
kembali ke pangkal jalan,” katanya.
Menurutnya, sebagai pemimpin parti politik,
Mohamad harus mengeluarkan kata-kata dan bertindak secara praktikal dan
relevan.
“Dari awal, saya kata Amanah tidak konsisten
dalam matlamatnya, malah tarikh nak tubuhkan parti pun dulu mereka cakap
berbalik-balik.
“Amanah boleh sahaja nak bertanding di
mana-mana kerusi Pas sebab kami tiada apa-apa perjanjian persefahaman dengan
Amanah dan dalam konteks demokrasi pun semua parti berhak bertanding di tempat
yang mereka berminat,” katanya.
Sementara itu, berhubung Amanah di Melaka,
Kamarudin berkata, pihaknya tidak bimbang dengan kewujudan parti itu di negeri
ini.
0 Response to "Mat Sabu Tak Boleh Dipercayai"
Post a Comment