
Bekas
vokalis Handy Black, Zul telah disingkirkan dalam program realiti iaitu Gegar
Vaganza 2 pada hari Ahad yang lepas.
Ramai
yang terkejut susulan daripada berita penyingkiran Zul Handy Black yang memiliki
suara yang agak sedap untuk didengari.
Komposer
terkenal, Datuk Ramly MS telah tampil dengan pandangannya yang tersendiri
berikutan penyingkiran Zul Handy Black dan juga Ezlynn.
"Untuk
GV2, terus-terang saya katakan sukar untuk mencari kesalahan setiap peserta.
Kami di kerusi juri perlu menilai peserta pada segenap aspek, bukanlah pada
nyanyian semata-mata.
"Cuma
saya ingin tegaskan peserta GV2 adalah penyanyi senior, jadi nyanyian mereka
tidak boleh sumbang. Mereka bukan pendatang baru macam pelajar Akademi
Fantasia.
Menyanyi
salah lirik, kita boleh pejam sebelah mata tetapi tidak ada maaf jika menyanyi
sumbang. Biar menyanyi tak sedap tetapi "in tune".Tetapi ingat pada peringkat
seterusnya para peserta perlu lebih serius ketika membuat persembahan kerana
ketika itu kami mencari "the best among the best".
"Mereka
(Zul dan Ezlyn) ketinggalan, peserta lain sudah jauh ke hadapan. Peluang sudah
diberikan namun tahap nyanyian mereka sama.Tiga peserta ini menjiwai lagu dengan
baik. Walaupun menyanyikan lagu yang bukan dari genre mereka, mereka "deliver",
katanya.
0 Response to "MENGEJUTKAN ! Akhirnya, Ramly MS Buat Pengakuan Yang TERLALU JUJUR Mengenai Zul Handy Black"
Post a Comment