
SIK - Seorang guru agama wanita
dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sik semalam atas pertuduhan memukul pelajar
perempuan berusia 16 menggunakan wayar Oktober lalu.
Tertuduh, Aishah Abu
Bakar, 42, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan,
lapor Harian Metro.
Mengikut kertas pertuduhan, Aishah didakwa telah
memukul mangsa menggunakan wayar hitam di koridor di hadapan kelas Pondok Bandar
Hilir, Teloi Tua, pada jam 10 pagi 8 Oktober.
Jika disabitkan bersalah,
Aishah boleh dikenakan hukuman penjara setahun, denda atau kedua-duanya
sekali.
Majistret Mohd Izham Ali menetapkan 14 Disember depan tarikh
sebutan semula kes dan tertuduh telah diikat jamin sebanyak RM1,000.
Di
laman sosial pula, tampil seorang individu yang dipercayai pelajar sekolah itu
juga mendedahkan bahawa dia menyaksikan sendiri apa sebenarnya yang berlaku pada
kejadian itu.
"Yang komen marah-marah dan negatif itu, mohon jangan cepat
melatah. Aku pun ada di situ pada masa itu," katanya yang enggan menggunakan
nama sebenar.
"Budak itu memang kurang ajar. Tulis pasal anu lelaki di
meja budak dua perempuan. Lagi pun kena tibai sikit saja pun. Ada lagi budak
yang kena tetapi mereka okay saja dan mengaku kawan mereka yang kena tibai itu
menokok nambah cerita pada polis kononnya dia dipukul teruk sampai di bahagian
belakang badan pun kena," dedahnya.
0 Response to "PUNCA SEBENAR USTAZAH PUKUL PELAJAR PEREMPUAN 16 TAHUN GUNA WAYAR TERJAWAP"
Post a Comment