Seorang wanita muda di India menghabiskan seumur
hidupnya tanpa mempunyai "wajah". Selama 21 tahun hidupnya, walaupun dia tidak
tahu yang dirinya mempunyai mata atau juga hidung.
Khadija Khatoon, dari
Kolkata India Timur dilahirkan dalam keadaan mempunyai kelainan bentuk pada
wajahnya. Dia dilahirkan dengan mata kecil dan tidak pernah melihat dunia.
Seiring pembesarannya, kelainan bentuk wajahnya pun semakin tidak
terkawal.

Khadija yang dilahirkan
dalam keluarga miskin, tidak pernah pergi sekolah dan dipulaukan oleh jirannya.
Satu-satunya teman yang dia miliki adalah keluarganya. Meskipun demikian,
Khadija mengaku dirinya bahagia dengan kehidupannya.
Doktor pun sudah
mengatakan jika tidak ada yang boleh dilakukan terhadap wanita muda ini. Mereka
mengesyaki Khadija mengalami Neurofibromatosis , sebuah keadaan yang jarang
berlaku yang menyebabkan tumor tumbuh di sepanjang saraf.

Kedua-dua ibubapanya menyedari
kelainan ini saat Khadija tidak juga membuka matanya dua bulan selepas
dilahirkan. Ketika dibawa ke hospital, Khadija dirawat selama enam bulan dan
dilakukan pelbagai ujian. Tapi pada akhirnya doktor mengatakan jika tidak ada
yang boleh mereka lakukan.
Doktor Anirban Deep Banerjee, seorang
neurosurgeon dari Hospital Apollo, Kolkata, mengatakan Khadija mungkin saja
mengalami "tumor fatal" di dalam wajahnya. Dia berharap agar ibubapanya akan
membawa Khadija untuk melakukan ujian gen. "Jika dia mahu, kita akan melakukan
pelbagai ujian untuk melihat seberapa besar kemungkinan pembedahan boleh
berjaya," ungkap Dr Aniban.
Melihat perkara ini, seorang pegawai kerajaan
tempatan, Rupak Dutta, berinisiatif untuk membuat kutipan dana untuk Khadija.
Saat ini dirinya sedang berbincang dengan NGO tempatan yang akan membantu
Khadija bertemu dengan pakar untuk membincangkan kemungkinan dilakukan
pembedahan.
Jom saksikan video berikut
ini;
0 Response to "Video,Memilki Kelainan Genetik, Gadis Muda Ini Tidak Miliki 'Wajah'"
Post a Comment