1. Jangan Merompak Duit Syarikat
Sendiri
Apabila kita memulakan perniagaan kecil, lazimnya
dorongan yang kuat adalah isu kita mahu mencari duit tambahan bagi mencukupkan
perbelanjaan hidup seharian.
Bererti, kita berniaga kerana kita tidak cukup
duit.
Inilah faktor yang menyebabkan amat sukar hendak
menahan diri daripada membelanjakan duit keuntungan dari bisnes kecil
itu.
Akibatnya, kita tidak peduli hendak mengasingkan
yang mana duit bisnes, yang mana duit peribadi. Asingkan perbelanjaan syarikat
dan perbelanjaan peribadi. Buat 2 akaun bank. Satu untuk syarikat. Satu untuk
sendiri.
Rekod semua perbelanjaan syarikat dalam buku
kira-kira. Apabila bisnes sudah mampu mengaji akauntan, gajikan akauntan untuk
menjaga duit syarikat.
2. Jangan Menyewa Kedai
Orang Melayu memang mempunyai idea yang pelik
berkenaan bisnes. Kepada orang Melayu, ‘bisnes’ disamakan dengan ‘kedai’. Asal
bisnes, mesti buka kedai.
Belum apa-apa, banyak yang memulakan berfikir dengan berkata kepada diri sendiri, “Nak buka kedai apa?” Apabila kita beritahu kita buat bisnes, nanti mereka bertanya, “Kedainya di mana?”
Belum apa-apa, banyak yang memulakan berfikir dengan berkata kepada diri sendiri, “Nak buka kedai apa?” Apabila kita beritahu kita buat bisnes, nanti mereka bertanya, “Kedainya di mana?”
Malah ada peniaga Melayu yang membuka kedai sebab
biar mudah bila nak jawab orang bertanya!
Lebih haibat lagi, bagi orang Melayu kedai adalah
lambang kejayaan.
Apabila kita berjaya membuka kedai francais yang
cantik dan mahal, kita rasa kita sudah berjaya. Hati bukan main gembira,
walaupun hutang bank beratus-ratus ribu.
Kawan-kawan dan saudara-mara kagum dan mengucapkan
tahniah! Tidak lama kemudian, kedai francais terpaksa ditutup.
3. Jangan Ambil Bank Loan Untuk Membuka
Bisnes
Ini lebih-lebih lagi apabila bisnes itu adalah
bisnes pertama yang hendak dicuba. Statistik ini sangat penting:
•93% bisnes bungkus dalam tempoh 3 tahun selepas
beroperasi. Bersedialah untuk mengalami bisnes pertama kita bungkus!
•Jangan membuat produk sendiri secara OEM. Ingat statistik di US yang mendapati 84% produk baru berakhir tersungkur dalam pasaran.
•80% bisnes yang menggunakan duit bank dan duit grant akhirnya tutup.
•Jangan membuat produk sendiri secara OEM. Ingat statistik di US yang mendapati 84% produk baru berakhir tersungkur dalam pasaran.
•80% bisnes yang menggunakan duit bank dan duit grant akhirnya tutup.
Jangan buka bisnes francais. Francais sudah tentu
menggunakan bank loan.
Mulakan bisnes dengan duit yang ada dalam tangan.
Modal bisnes pertama jangan lebih daripada RM2,000. Jika bisnes lingkup, duit
hangus, kita takkan jadi papa. Kita dapat bangun semula, dan cuba
semula.
4. Pilih Produk Yang Mudah
Dijual
Jangan salah memilih produk pertama yang kita mahu
jual bagi memulakan bisnes. Apabila barang itu sukar dijual, kita boleh patah
semangat.
Bagi tujuan belajar memulakan bisnes pertama, pilih
barang yang sangat mudah dijual. Orang bisu pun dapat menjualnya.
Pilih barang yang permintaannya memang sentiasa
tinggi. Orang tengok barang itu, dia terus mahu membeli. Kita letakkan sahaja
kad dengan tulisan harga.
Ingat! Setiap kali orang membeli barang kita,
walaupun marginnya amat kecil, tetapi semangat juang kita naik. Kita semakin
percaya kita mempunyai bakat bisnes. Kita semakin kuat tekad mahu meneruskan
perjuangan.
5. Tidak Menangguhkan
Kepuasan
Apabila duit sudah masuk dalam akaun bank syarikat
dengan steady, kita akan mula gelap mata. Kita sudah membayangkan
barang-barang yang kita mahu beli. Kita sudah membayangkan kereta-kereta mewah.
Kita sudah membayangkan banglo-banglo mewah. Kita sudah membayangkan jam-jam
mewah. Kita sudah membayangkan barang kemas yang mahal-mahal.
Tangguhkan kepuasan dahulu. Kajian menunjukkan
bahawa orang yang berjaya adalah orang yang sanggup menangguhkan
kepuasan.
6. Berkuli Dahulu Sebelum Memulakan Bisnes
Sendiri
Berkuli adalah suatu strategi bersekolah dalam
bidang keusahawanan. Ia strategi belajar bisnes terus secara praktikal, tidak
ada sesi khusus untuk belajar teori-teori yang tinggi dan
berbelit-belit.
Budaya berkuli adalah strategi yang sangat efektif
bagi tujuan belajar ilmu-ilmu bisnes praktikal dan skill-skill asas dalam
sesuatu sektor bisnes.
Contohnya:
•Jika mahu membuka kedai hardware, berkulilah dengan towkay kedai hardware.
•Jika mahu membuka spa, berkulilah dengan bekerja di spa.
•Jika mahu membuka bisnes transport, berkulilah di syarikat transport.
•Jika mahu membuka bisnes memborong hasil laut, berkulilah dengan peraih ikan.
•Jika mahu membuka kedai hardware, berkulilah dengan towkay kedai hardware.
•Jika mahu membuka spa, berkulilah dengan bekerja di spa.
•Jika mahu membuka bisnes transport, berkulilah di syarikat transport.
•Jika mahu membuka bisnes memborong hasil laut, berkulilah dengan peraih ikan.
Dalam bahasa Inggeris konsep berkuli disebut
‘apprenticeship’. Dipinjam menjadi ‘perantis’ dalam Bahasa Melayu.
Budaya apprenticeship sangat kuat dalam
budaya bisnes orang Cina dan di negara Jerman.
7. Mengubah Mindset Makan Gaji Kepada Mindset
Majikan
Memulakan dan menjayakan sesuatu bisnes memerlukan
ketahanan psikologi yang tinggi bagi menanggung stres dan cabaran
bisnes.
Mindset seorang usahawan amat berbeza dengan
mindset seorang individu yang makan gaji. Mindset usahawan inilah yang akan
memacu mereka untuk memulakan bisnes, mengatasi segala halangan dan berjaya
dalam bisnes.
Sebelum tuan berhenti kerja, tuan perlu menghadam
dan menjiwai mindset usahawan ini.
0 Response to "(MESTI BACA!!) 7 TIPS YANG HARUS ANDA KUASAI SEBELUM MEMULAKAN BISNES SENDIRI"
Post a Comment