Kuala
Lumpur : Seorang lelaki yang digelar Ustaz Kasanova kini diburu pihak Jabatan
Agama Islam Wilayah Persektuan (Jawi) selepas gagal mematuhi proses jaminan
Bahagian Penguatkuasaan Jawi dan hilang tanpa kesan.
Mohd
Razis Ismail, 33, dikehendaki selepas gagal hadir menyambung proses jaminan pada
29 Oktober 2015 atas kesalahan pernikahan sindiket dan berpoligami tanpa
kebenaran mahkamah.
Pengarah
Jawi, Paimuzi Yahya berkata, siasatan mendapati suspek telah berkahwin tanpa
mengikut prosedur yang ditetapkan undang-undang dan hukum syarak serta tidak
mendaftarkan perkahwinan dan penceraiannya.
"Suspek
mempunyai lapan isteri tanpa prosedur perkahwinan yang sah dan bersekedudukan
dengan wanita terakhir sejak 2012 sehingga dikurniakan dua anak luar
nikah.
"Dia yang
berperwatakan seperti ustaz menggunakan status bujang untuk menipu mangsa
sehingga berkahwin dengan menyasarkan golongan penuntut wanita institusi
pengajian tinggi yang memiliki paras rupa dan juga janda yang mempungai
pendapatan bagi menampung hidupnya," jelas Paimuzi pada sidang akhbat di sini
sebentar tadi. - K! ONLINE
0 Response to "Ustaz kasanova diburu JAWI kerana kahwin lapan wanita"
Post a Comment