Konsert Gegar Vaganza musim kedua (GV2) menamakan Nizam Laksamana sebagai
peserta yang tersingkir pada minggu keenam dengan tema Kenangan Terindah di
Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, di sini.
Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim selaku juri tetap serta komposer,
Pak Ngah atau nama sebenarnya Datuk Suhaimi Mohd Zain sebagai juri jemputan
memilih Nizam kerana memberikan persembahan kurang menonjol berbanding peserta
lain.
Lapan penyanyi popular tanah air iaitu Nassier Wahab, Ezad Lazim, Nizam
Laksamana, Acong Sweetchild, Haiza, Siti Nordiana, Azian Mazwan dan Faradhiya
berjaya memukau 1,000 penonton yang hadir memberikan sokongan kepada bintang
pilihan mereka.
Bintang-bintang GV2 diuji dengan diberikan cabaran untuk menyanyikan lagu
popular penyanyi lain yang diletakkan dalam senarai permintaan mereka.

Musim kedua program realiti itu mendapat sambutan hangat daripada peminat
dan artis tempatan, yang turut hadir bagi memberi sokongan kepada rakan
seperjuangan mereka.
Barisan peserta GV2 bakal meneruskan cabaran pada minggu hadapan dengan
tema RockDut. Namun, Nizam masih punya harapan seandainya beliau menerima
imuniti yang dipegang oleh penaja utama, Datuk Seri Vida atas nasihat barisan
juri profesional.
Sumber: Berita
Harian
0 Response to "Nizam Laksamana tersingkir di Minggu 6 Konsert Gegar Vaganza 2"
Post a Comment