Penyanyi dangdut popular Indonesia, Iceu Wong meninggal dunia semalam selepas
menderita akibat penyakit barah payudara.
Pengurusnya, Haze berkata, penyanyi berusia 30 tahun itu meninggal dunia di
hospital kira-kira jam 4 pagi semalam.
Katanya, Iceu atau nama penuhnya Iceu Srimulyati mula dikesan menghidap
barah payudara sejak setahun yang lalu.
“Iya, Iceu meninggal dunia akibat barah payudara. Barah itu sudah masuk
tahap empat,” ujarnya.

Menurutnya, penyanyi yang popular dengan lagu Pacar Lima Langkah itu
dimasukkan ke hospital sejak kelmarin.
“Di saat semua orang gembira menyambut perayaan, Iceu terpaksa menanggung
kesakitan dan dimasukkan ke hospital,” jelasnya.
Tambahnya, jenazah penyanyi itu akan dikebumikan di tanah perkuburan
Rancaekek di sini.
Penyanyi berkenaan meninggalkan suami, Gesit Asmoro Bangun dan seorang anak
gadis.
Sumber: Beautyfulnaraa2u
0 Response to "Penyanyi Dangdut popular Indonesia, Iceu Wong meninggal dunia di usia 30 tahun"
Post a Comment