Mahkamah Majistret hari ini melepas dan membebaskan pelakon Benjy dan rakan
wanitanya, daripada dua tuduhan memiliki syabu, Mac lalu.
Majistret Nur A'minahtul Mardiah Md Nor membuat keputusan itu terhadap
Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim, 38, dan Julia Ernie
Jamaludin, 26, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan prima facie
terhadap kes itu.
Benjy dan Julia Ernie masing-masing didakwa memiliki dadah jenis Syabu 1.71
gram (g) dan 3.01 g di sebuah bilik hotel di Jalan Yap Ah Shak, Dang Wangi, di
sini, pada jam 9.30 malam, 5 Mac lalu.

Sementara itu, mahkamah mengarahkan Julia Ernie untuk membela diri atas
satu lagi tuduhan memiliki 0.37 g syabu di tempat dan masa sama. Pendakwaan
dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S Malini Anne.
Sumber: Berita
Harian
0 Response to "Benjy akhirnya dibebaskan daripada tuduhan miliki syabu"
Post a Comment