1.
Strategi Pemasaran
- Jika seluar
dalam lelaki dijual secara berselerak, lelaki akan membeli sehelai sahaja. Ini
kerana sepasang seluar dalam sudah mencukupi bagi lelaki (Hahaha). Kalau dijual
sekotak, nak tak nak mereka kena beli 5 helai dengan harga 5 helai.
- Jika seluar
dalam wanita dijual dalam kotak, perempuan akan beli sekotak sahaja kerana satu
kotak ada pelbagai pilihan warna. Tetapi jika dijual berselerak, wanita
mempunyai skop pilihan yang amat luas dan merasa 5 helai pun belum tentu
cukup.
2.
Wanita Memilih
- Wanita
lebih suka memilih sebelum membeli. Manakala lelaki terus beli dengan hanya
melihat saiz yang tertera di kotak.
3.
Warna
- Selain dari
warna, tiada apa ciri-ciri seluar dalam yang hendak diambil kira oleh kaum
lelaki.
- Jika seluar
dalam wanita diletakkan dalam kotak, habis semua kotak akan dibuka dan ini akan
mendatangkan amarah pada tauke kedai.
4.
Ciri-Ciri Seluar Dalam Dan Fesyen
- Seluar
dalam lelaki lazimnya fesyennya standard sahaja. Jadi tak perlu pening kepala
memilih fesyen.
- Manakala
perempuan suka fesyen walaupun sekadar seluar dalam. Ciri-ciri seluar dalam
seperti G-String, mama panties, midi dan sebagainya menyebabkan wanita lebih
suka membelek2 seluar dalam yang menjadi idaman hati.
5.
Pemalu
- Sebenarnya
kaum lelaki adalah pemalu. Jadi kotak itu melambangkan bahawa lelaki mempunyai
sifat malu yang amat tinggi berbanding wanita.
- Lelaki
berasa malu sekiranya ketika membelek2 seluar dalam datang pulak promoter
perempuan yang sibuk memberi pandangan dan pendapat tentang seluar dalam mana
yang perlu dipakai. Dari nak membeli terus tak jadi nak membeli.
Kesimpulannya,
seluar dalam lelaki lazimnya dijual di dalam kotak kerana sifat lelaki yang
ringkas dan tidak rambang mata seperti wanita.
Nak beli
terus sambar kotak yang ada saiz dan jenama yang digemari tanpa perlu membuang
masa memilih-milih.
0 Response to "Tahukah Anda Kenapa Seluar Dalam Lelaki Dalam Kotak, Seluar Dalam Wanita Bersepah Di Luar ?"
Post a Comment