
BUKAN
tak biasa kita dengar atau baca mengenai penipuan melibatkan urusan jual beli
atau membaiki telefon bimbit.
Walaupun
pihak berkuasa telah mengadakan pemeriksaan dan rondaan, masalah ini nampaknya
seperti terus membelenggu pengguna.
Si
penjual pula, makin lama makin bijak menggunakan pelbagai helah dalam
memperdayakan para pelanggan sehinggakan mereka tidak sedar telah ditipu
‘hidup-hidup’.
Terbaharu,
kami menerima aduan daripada seorang netizen yang mendakwa telah ditipu oleh
sebuah kedai membaiki telefon di sebuah pusat beli-belah.
Menurut
Mohd. Shazni Mohd. Ariff, pada mulanya, dia pergi ke kedai itu untuk membeli
bateri baharu untuk telefon bimbit jenis Iphone 4 miliknya.


“Pada
13 November lalu, saya datang ke Mines Shopping Mall
untuk repair iPhone 4 saya kerana tidak
boleh charge atau charge tidak masuk.
“Saya nak beli bateri baru tapi bila lelaki Cina
tu check Iphone 4 saya, die cakap bateri saya ok. Tapi yang rosak
adalah tempat charger. Saya tukar dengan harga RM70.
“Tapi,
masih lagi tak boleh charge, makanya memang bateri yang rosak. Tukar
bateri baru dengan harga RM60,” ujarnya.
Bagaimanapun,
selepas pulang, Mohd. Shazni mendapati mikrofonnya pula tidak berfungsi. Walhal,
sebelum ini ia masih elok dan boleh berfungsi dengan baik.
Hal
itu membuatkan Mohd. Shazni kembali semula ke kedai tersebut untuk membaiki
telefon bimbitnya.
Namun,
hal lebih parah berlaku apabila Mohd. Shazni mendapati barang dalaman telefon
bimbitnya ditukar dengan barang tidak asli hingga mendatangkan pelbagai masalah
lain.

“Bila
sampai di rumah saya perasan tempat charger yang di bawah tu bertukar
kepada warna putih dan nampak baru… tidak seperti saya punya.
Tempat charger saya pada asalnya berwarna hitam.
“Bila
saya charge phone dengan menggunakan fast charger ia tidak
seperti sebelum saya tukar battery.. ia mengambil masa yang lama
untuk charge dan saya pelik kenapa macam tu… saya dah pakai iPhone ni
selama 4 tahun dan tahu macam mana rupaphone saya.
“Member
opis forward link di Facebook berkenaan pelanggan mengadu kene tipu
dengan kedai repair handphone di Mines. SAMA SEPERTI CERITA
SAYA.
“Itu
menyebabkan saya pegi balik ke kedai phone itu hari ini (25 NOV. 2015)
dan memberitahu saya tidak puas hati dengan apa yang dilakukan oleh staf
kedai phone tu yang sesuka hati tukar barang phone saya
sedangkan ia tidak rosak dan menjadikanphone saya mengambil masa yang
lama untuk charge,” katanya.
Dia
difahamkan, pekerja yang menipu ketika membaiki telefon Mohd. Shazni kebetulan
sedang bercuti pada hari itu.
Namun,
kerana takut ‘pisang berbuah dua kali’, Mohd. Shazni bertegas terhadap peniaga
kedai tersebut dan meminta ianya diselesaikan segera dan dibaiki semula.
“Kedai
tu tidak minta apa-apa charge pun walaupun dia tukar dengan yang
baru. Sonampak tak permainan dia, setelah kantoi tukar dengan
barang yang bukan ori… kalau kesilapan saya mesti dia kenakan charge,
tapi ini tidak,” ujarnya.
Berikutan
itu, Mohd. Shazni meminta agar semua pengguna telefon bimbit lain berhati-hati
dalam urusan membaiki telefon bimbit.
Mynewshub.cc
0 Response to "PANAS - Kedai Baiki Telefon PENIPU, Tukar Barang Tak Ori HP Pelanggan"
Post a Comment