
Kejadian
yang berlaku semalam di Kajang ini agak mengejutkan sekali. Cubaan merogol
seorang wanita Melayu oleh 3 lelaki India ini dilakukan di siang hari. Lebih
unik lagi apabila rakan-rakan India yang mendegar jeritan meminta tolong dari
mangsa itu yang bergegas membantu menangkap penjenayah tersebut.
Tidak
ramai yang faham apa yang mereka marahkan...kecuali jeritan perkataan 'pund*k'
yang berulang kali sebagai menampakkan betapa marahnya rakan-rakan India kita. Dari rupa
paras penjenayah dan sebutan perkataan 'permit' juga memungkinkan mereka adalah
warga asing.
YANG PALING PENTING ingin kita ingatkan lagi dan
lagi kepada semua, khususnya para wanita tanpa mengira bangsa apapun agar lebih
berhati-hati.
Baru-baru ini kita digegarkan
dengan berita seorang wanita kerani sekolah
agama dibunuh di dalam rumah sendiri. Semalam dikejutkan lagi dengan berita
wanita Melayu di Ampang yang dibantu oleh jiran Cina-nya untuk menghubungi polis
apabila ada penjenayah di dalam rumahnya.
Sementara itu, banyak juga kes
sebelum ini yang menampakkan kerjasama yang baik di saat kecemasan dan mencegah
jenayah tanpa mengira kaum di Nusantara ini. Antaranya,
Anak Cina yang diculik dibantu
oleh pemandu teksi Melayu di Kajang,
https://www.facebook.com/wargaprihatin/photos/pb.176792972785.-2207520000.1448421540./10154254997547786/?type=3&theater
https://www.facebook.com/wargaprihatin/photos/pb.176792972785.-2207520000.1448421540./10154254997547786/?type=3&theater
Kemalangan tragis pemandu India
di Sg Ramal, Kajang ditolong oleh rakan-rakan Melayu,
https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/10154300728597786/
https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/10154300728597786/
Lelaki Cina dihina lelaki barat
di Singapura ditolong oleh lelaki Melayu
https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/10154293673257786/
https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/10154293673257786/
Ini pertanda bahawa tiada isu
perkauman yang abadi dalam saat kecemasan dan menangani jenayah. Kita tidak
boleh cop semua penjenayah itu melalui bangsanya. Marilah kita sama-sama
mencegah jenayah secara bersepadu tanpa mengira bangsa dan agama.
Setiap dari kita juga harus ada
kaedah yang dibenarkan oleh pihak berkuasa untuk mempertahankan diri menggunakan
alat-alat seperti pepper spray, Tochlight cum Electric Stun-gun dan sebagainya.
Situasi ini juga menuntut kita sentiasa merapatkan diri dengan pihak polis.
Simpan talian hayat masing masing. Lebih baik jika kita ada perhubungan radio
(Walkie Talkie) dengan insan terdekat yang boleh melindungi.
Apapun, semua peralatan dan
perhubungan itu juga tidak akan membantu jika kita masih kekal dengan kelalaian
yang melampaui batas. Ada Walkie Talkie dan telefon tetapi sering ditinggalkan
merata tanpa dibawa atau selalu dibiarkan kosong caj baterinya. Ada pula habit
yang tidak suka menjawab panggilan Walkie Talkie atau angkat telefon atau
membaca mesej.
WANITA HARUS LEBIH PEKA UNTUK MENGELAK DARI JADI MANGSAKejadian yang berlaku semalam di Kajang ini agak mengejutkan...
Posted by Warga Prihatin on Tuesday, 24 November 2015
0 Response to "(Video) Cubaan rogol wanita Melayu, mujur ada rakan India yang prihatin"
Post a Comment