
SIAPA sangka, imaginasi
Stephen Chow yang menggabungkan kung fu dan pemainan bola sepak menerusi filem
Hong Kong popular, Shaolin Soccer pada tahun 2001 bakal menjadi realiti
dalam kehidupan sebenar.
Ini kerana, sebuah sekolah
seni mempertahankan diri di bandar Dengfeng, China telah menubuhkan kelas
latihan yang menggabungkan kung fu dan kemahiran bermain bola
sepak.


Memetik People’s Daily
China, gabungan seni mempertahankan diri dengan bola sepak itu adalah satu
pembaharuan dalam sistem bola sepak China.
Ketua Jabatan Budaya
Fizikal, Zhang Wenshen berkata, pelajar yang terpilih memasuki kelas latihan itu
bakal diajar menggabungkan kemahiran kung fu dalam sukan bola
sepak.
“Setakat ini, kami
merancang untuk memilih 50 kanak-kanak lelaki dan 50 kanak-kanak perempuan
daripada kira-kira 30,000 pelajar kung fu bagi mengikuti kelas bola sepak yang
baharu ditubuhkan itu.
“Para pelajar yang
terpilih berusia dari 10 tahun hingga 12 tahun,”
0 Response to "PERGH ! Sekolah 'Shaolin Soccer’ Akan Wujud Di China"
Post a Comment