
SIK - Seorang guru agama
wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sik semalam atas pertuduhan memukul
pelajar perempuan berusia 16 menggunakan wayar Oktober lalu.
Tertuduh, Aishah Abu Bakar,
42, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan, lapor
Harian Metro.
Mengikut kertas pertuduhan,
Aishah didakwa telah memukul mangsa menggunakan wayar hitam di koridor di
hadapan kelas Pondok Bandar Hilir, Teloi Tua, pada jam 10 pagi 8
Oktober.
Jika disabitkan bersalah,
Aishah boleh dikenakan hukuman penjara setahun, denda atau kedua-duanya
sekali.
Majistret Mohd Izham Ali
menetapkan 14 Disember depan tarikh sebutan semula kes dan tertuduh telah diikat
jamin sebanyak RM1,000.
Di laman sosial pula, tampil
seorang individu yang dipercayai pelajar sekolah itu juga mendedahkan bahawa dia
menyaksikan sendiri apa sebenarnya yang berlaku pada kejadian
itu.
"Yang komen marah-marah dan
negatif itu, mohon jangan cepat melatah. Aku pun ada di situ pada masa itu,"
katanya yang enggan menggunakan nama sebenar.
"Budak itu memang kurang ajar.
Tulis pasal anu lelaki di meja budak dua perempuan. Lagi pun kena tibai sikit
saja pun. Ada lagi budak yang kena tetapi mereka okay saja dan mengaku kawan
mereka yang kena tibai itu menokok nambah cerita pada polis kononnya dia dipukul
teruk sampai di bahagian belakang badan pun kena," dedahnya.
SUMBER THEHYPEMDIA
0 Response to "PUNCA SEBENAR USTAZAH PUKUL PELAJAR PEREMPUAN 16 TAHUN GUNA WAYAR"
Post a Comment