
Sejujurnya, kami kagum
dan suka melihat keluarga Neelofa ni. Maklumlah, kami rasa keluarga Neelofa
antara keluarga yang berjaya dalam industri perniagaan.
Hampir semua ahli
keluarga gadis ini buat business.
Terbaru, adik Neelofa, Atisha Khan pula mula berjinak-jinak dalam industri
kecantikan dengan menampilkan produk kecantikannya sendiri.
Kami dengar, produk
kecantikan ini diterajui oleh ibunya sendiri, Noor Kartini. Bagaimanapun, ada
berita kurang enak yang kami dengar.
Melalui laman Instagram
milik ibu Neelofa, beberapa pengguna produk tsya
beauty ini telah meninggalkan feedback selepas
menggunakannya.
Bagaimanapun, rata-rata
memberitahu wajah mereka bertambah bermasalah apabila menggunakan produk ini.
Fuh! Siap ada yang naik pimples ‘bernasi’ lagi.
Malah, ada yang meminta
ibu Neelofa untuk memberikan feedback segera, sama ada mereka harus terus
memakai produk berkenaan ataupun tidak.
Hmm, kami rasa pihak ibu
Neelofa dan tsya beauty pasti ada penjelasan masing-masing. Lagipun, soal produk
kecantikan ni, lain orang, lain kesannya. Tak gitu?
SUMBER
HASANUVA
0 Response to "Produk Kecantikan Adik Neelofa Bikin Wajah Pengguna Naik Jerawat?"
Post a Comment