
Satu video yang merakamkan layanan seorang
pekerja Starbuck kepada seorang pelanggan yang pekak menjadi viral di media
sosial.
Pelanggan tersebut, Rebecca King, dari Florida
memuat naik video kejadian itu ketika dia cuba memesan kopi di sebuah starbuck
tempatan melalui pandu lalu.
Pada awal video tersebut kedengaran suara seorang
wanita dari mesin intercom.
"Hi, selamat datang ke Starbucks", kata wanita
itu. "Apa yang kami boleh dapatkan untuk anda hari ini?"
Rebecca
bagaimanapun tidak memberi respon dan menunggu sahaja di tempat duduknya.
Beberapa saat kemudian, seorang pelayan Starbuck muncul melalui monitor.
Rebecca
kemudiannya berkomunikasi dengan pelayan tersebut menggunakan bahasa isyarat dan
apa yang mengharukan pelayan tersebut membalas balik melalui bahasa isyarat
juga.
Video
tersebut menjadi viral di media sosial sehingga ditonton lebih dari 9 juta kali
di Facebook dan dikongsi lebih dari 200,000 kali.
Difahamkan, pelayan Starbuck di dalam video
tersebut dikenali sebagai Katie Wyble, seorang pelajar kolej 22 tahun yang
mempunyai minat terhadap bahasa isyarat sejak dia di sekolah rendah. - Siakapkeli.my
0 Response to "Video Layanan Pekerja Starbuck Kepada Pelanggan Pekak Menjadi Viral, Dikongsi Lebih 200,000 Kali"
Post a Comment