
Resort World Genting memenangi anugerah pada
majlis Anugerah Pelancongan Dunia 2015, baru-baru ini. Resort World Genting
dinobatkan sebagai Resort Tema Terkemuka Asia, pada majlis yang berlangsung di
Hong Kong. Presiden Genting Malaysia Berhad dan Ketua Pegawai Operasi, Datuk
Seri Lee Choong Yan, berkata falsafah `besar dan unik' yang digunakan resort itu
amat bertepatan apabila ia menerima kira-kira 20 juta pengunjung setahun dan
sudah wujud selama lebih lima dekad. "Menghiburkan 20 juta pengunjung adalah
sesuatu yang menakjubkan.
Saya rasa pengunjung kembali semula ke Genting
kerana ia benar-benar luar biasa," katanya. Beliau berkata, kemenangan itu juga
adalah satu pengiktirafan kepada kerja keras dan dedikasi 14,000 kakitangan
resort berkenaan. Anugerah Pelancongan Dunia dilabel sebagai 'Oscar' dalam
industri pelancongan oleh Wall Street Journal dan penerima anugerah dipilih oleh
industri profesional di seluruh dunia.
0 Response to "Resort World Menang Anugerah Dunia"
Post a Comment