
Berikutan kontroversi panas yang berlaku
baru-baru ini di mana seorang pemanggil wanita yang digelar netizen sebagai
'gedik' yang mahu Dr Shazril menyambut kelahiran anaknya semasa bersiaran di
radio Hot.Fm, Dr Shazril telah tampil membuat penjelasan.
"Pertama
kalinya, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih nasihat dan teguran yang
diberikan oleh anda di laman sosial media baru-baru ini.
"Memang saya
tidak sangka perjumpaan di Hot FM Isnin lalu akan mencetuskan pelbagai
kontroversi dari pelbagai pihak. Walaupun ada komen-komen yang rata-ratanya
berbaur kurang enak untuk didengar, buang yang keruh dan ambil yang jernih.
Komen itu boleh dijadikan sebagai pengajaran utuk saya memperbaiki diri saya
sebagai doktor dan individu.
"Kesimpulannya, saya hanyalah manusia biasa
yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan saya memohon maaf sekiranya
saya ada menyinggungkan mana-mana pihak.
"And to clear off d air, saya
bukanlah seorang doktor pakar sakit puan, saya hanyalah seorang pegawai
perubatan siswazah (houseman) yang kini di unit kecemasan," jelasnya dengan
tenang.
Rata-rata pengikut Instagaramnya memberi semangat dan memuji dr
Shazil atau dikenali sebagai Dr Say kerana tidak cepat melatah sebaliknya dia
yang meminta maaf tanpa menyalahkan sesiapa.
Sumber
0 Response to "Saya Bukan Pakar Sakit Puan, Saya Hanyalah Seorang Doktor "Houseman", Kata Dr Say"
Post a Comment