'SAYA HANYA MAHU MENDISIPLINKAN ANAK'


NANJING - Seorang wanita dijatuhkan hukuman penjara enam bulan oleh mahkamah tempatan setelah didapati bersalah atas kesalahan memukul anak angkatnya kerana gagal menyiapkan kerja sekolah.

Lapor media tempatan, mangsa yang merupakan anak ketiga dari sebuah keluarga miskin itu diserahkan kepada ibu saudaranya, Li, agar dia mendapat pendidikan yang sempurna di bandar. 

Gambar kesan sebatan di tangan dan belakang badan mangsa tersebar di media sosial negara itu menyebab pihak berkuasa mengambil tindakan menahan wanita berkenaan. 

Li mengakui dia memukul mangsa yang berusia 9 tahun itu dengan rotan kerana gagal menyiapkan kerja sekolah dan menipu. 

"Saya bukanlah ibu yang jahat. Saya hanya mahu mendisiplinkan anak saya," katanya yang juga turut meminta maaf semasa perbicaraan kes berkenaan.


Bagaimanapun, pendakwa raya dalam hujahnya berkata, tindakan memukul mangsa bukanlah sesuatu yang boleh diterima walaupun tertuduh mengakui amat menyayangi mangsa dan merotannya demi kebaikan. - THEHYPEMEDIA.COM

0 Response to "'SAYA HANYA MAHU MENDISIPLINKAN ANAK'"

Post a Comment