Tips Ketika Cuti Sekolah | Anak-anak anda mesti tidak sabar dan rasa teruja untuk bercuti kan ketika cuti sekolah nanti. Dalam masa yang sama, anda sebagai ibu bapa bolehlah mencuri masa atau menghabiskan masa bersama-sama keluarga dan juga anak-anak anda. Terdapat pelbagai aktiviti dan juga program yang anda rancangkan untuk anak-anak anda ketika cuti sekolah.
Anda
boleh merancang dan berbincang bersama-sama ahli keluarga. Anda juga boleh
menyenaraikan aktiviti dan juga program yang bermanfaat yang boleh dilakukan
bersama-sama ahli keluarga.
Terdapat
beberapa tips untuk dijadikan panduan ketika cuti sekolah nanti.
Tips Ketika Cuti Sekolah
- Rancang aktiviti dan program – Pastikan anda boleh merancang segala aktiviti dan program ketika cuti sekolah. Anda boleh menyenaraikan aktiviti dan program yang sesuai untuk ahli keluarga anda. Penulis akan kongsikan beberapa aktiviti dan program yang sesuai ketika cuti sekolah nanti. Yang penting, aktiviti dan program tersebut selamat.
- Selamat – Aktiviti dan program yang senarai. Jangan memilih aktiviti dan program yang berbahaya seperti mendaki gunung dan seangkatan dengannya.
- Semua turut serta – Kalau boleh libatkan semua ahli keluarga anda. Seperti membersihkan sekeliling rumah, berbasikal, beriadah atau berkelah. Kalau anda hendak melakukan Hari Keluarga pun sesuai juga.
Aktiviti Cuti Sekolah Yang Sesuai Dan
Selamat
- Berkelah di air terjun atau pantai – Pastikan keselamatan ahli keluarga diutamakan. Ibu bapa hendaklah sentiasa memantau aktiviti dan pergerakan anak-anak. Pastikan anak-anak sentiasa berada di dalam pandangan ibu bapa.
- Melancong – Bagi adik-adik dari keluarga yang berkemampuan, keluarlah pergi bercuti dengan keluarga. Aktiviti ini memang sangat menyeronokkan dan juga dapat membuka minda adik-adik. Selain daripada mengeratkan hubungan kekeluargaan, aktiviti ini juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman adik. Antara pilihan yang baik untuk melancong adalah tempat-tempat bersejarah, tempat menarik, taman tema, pusat pelancongan dan tempat yang belum dilawati.
- Sukan ekstrem – Ada juga dalam kalangan adik-adik yang meminati sukan ekstrem. Jadi apakata gunakan masa cuti sekolah ini untuk mengasah lagi bakat adik-adik dalam sukan ini. Adik-adik boleh dapatkan nasihat dan tunjuk ajar daripada mereka yang lebih berpengalaman dalam bidang ini. Tapi ingat! Utamakan keselamatan anda sepanjang menyertai aktiviti lasak ini dengan memakai peralatan dan pakaian yang sesuai.
- Menolong ibu bapa di rumah – Adik-adik yang hanya berada di rumah, boleh juga membantu ibubapa ketika mereka keluar bekerja. Banyak kerja rumah yang boleh dilakukan seperti mencuci pakaian, menyapu sampah, memasak, melipat pakaian dan lain-lain lagi. Sekurang-kurangnya kehadiran adik-adik di rumah sepanjang cuti dapatlah juga membantu meringankan beban dan tanggungjawab ibubapa. Masa untuk berbakti.
- Melakukan kerja amal – Selain daripada membantu ibu bapa, adik-adik juga boleh melakukan kerja amal. Tak perlu memikirkan dan menggerakkan satu kerja amal yang baru. Cukup lah sekadar mencurahkan bakti kepada badan amal kebajikan yang adik tahu. Ajak juga rakan-rakan bagi memeriahkan lagi aktiviti. Banyak kerja amal yang boleh dilakukan seperti membersihkan kawasan masjid dan kawasan perkuburan. Sertai juga badan kebajikan yang membantu memberi makanan kepada gelandangan. Rumah orang tua juga menarik untuk dijadikan tempat untuk kerja amal.
- Baca novel / buku ilmiah – Bagi adik-adik yang berminat dengan membaca buku, boleh juga meneruskan minat dengan membaca novel atau pun buku ilmiah. Pilih lah daripada senarai novel-novel berkualiti tinggi, supaya adik-adik dapat juga mempelajari teknik menulis yang baik. Buku ilmiah seperti ensiklopedia juga sangat bermanfaat untuk dihabiskan sepanjang cuti ini. Sekurang-kurangnya adik-adik akan dapat memperolehi ilmu pengetahuan baru yang berguna.
Selamat
bercuti
0 Response to "TIPS KETIKA CUTI SEKOLAH BERSAMA KELUARGA"
Post a Comment