Pasangan selebriti Adam AF, 32 dan Fiza, 34,
masih belum dikurniakan cahaya mata setelah hampir dua tahun mendirikan rumah
tangga. Namun, mereka tidak pernah berputus asa untuk mencuba dan terus
bersabar. Pelbagai ikhtiar dilakukan termasuk menjalani ujian
kesihatan.
"Mungkin belum
ada rezeki kami untuk menimang cahaya mata. Kami juga pernah berjumpa doktor
untuk menjalani ujian dan doktor mengesahkan kami sihat serta tidak mempunyai
masalah mendapatkan anak," ujar Adam dipetik sebagai
berkata.
Untuk makluman,
pada pertengahan tahun lalu, Fiza telah mengalamai keguguran ketika kandungan
memasuki minggu kelapan namun tiada perkara yang serius terjadi kepada isterinya
itu.
"Walaupun ia bukan rezeki kami, tetapi saya
bersyukur kerana tiada apa yang serius berlaku kepadanya,"
jelasnya.
Tambah Adam, dia
mahu kembali aktif dalam bidang nyanyian dan mahu membawakan lagu berunsurkan
kerohanian dan ketuhanan.
Semoga satu hari nanti hasrat pasangan ini untuk
menimang cahaya mata akan dimakbulkan.
Sumber www.myartis.com
0 Response to ""SAYA REDHA BELUM REZEKI KAMI UNTUK TIMANG ANAK" - ADAM AF"
Post a Comment