'SAYA TAK TAHU APA NIAT PENJENAYAH ITU' - ZAHIRAH MACWILSON



Petaling Jaya – Pelakon baharu Zahirah MacWilson mengesahkan dirinya nyaris diculik di pusat beli-belah The Curve Damansara, di sini pada petang Rabu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, Zahirah, 20, berkata, dia berada di tempat parkir kereta pusat beli-belah berkenaan.

“Ya, kejadian buruk itu berlaku petang semalam (Rabu) di parking The Curve ketika hendak pulang, ketika itu saya bersendirian.

“Tapi saya tidak mahu cerita bagaimana ia berlaku cukuplah saya katakan agar kaum wanita supaya lebih berhati-hati ketika berada di tempat parking dan kunci pintu ketika sudah berada di dalam kereta.

“Saya tidak tahu apa niat sebenar penjenayah itu, namun saya pasti ia bukan kerana saya seorang artis, ia boleh berlaku kepada wanita lain juga,” ujarnya.

Zahirah diminta mengulas tentang komen di Twitter pelakon Zul Ariffin malam Rabu yang memberitahu bahawa pelakon itu nyaris diculik di pusat beli belah, The Curve, di sini.

Sementara itu, Zahirah berkata, dia kini masih berada dalam keadaan trauma.

Dia juga sudah membuat laporan polis selepas kejadian di sebuah balai polis berhampiran.

“Sudah tentu selepas kejadian itu perasaan saya sangat takut dan trauma tapi Alhamdulillah pagi ini sudah kurang sedikit. Saya juga perlu ke lokasi penggambaran drama Cik Cinderella Dan Encik Tengku,” ujarnya, lapor mStar Online.


0 Response to "'SAYA TAK TAHU APA NIAT PENJENAYAH ITU' - ZAHIRAH MACWILSON"

Post a Comment