
Baru-baru ini Lisa
Surihani dan Yusry telah selamat menimang cahaya mata sulung perempuan diberi
nama Yahaira Leanne. Dan apa yang pasti ia merupakan berita gembira buat para
peminat.
Namun sehingga kini
tiada lagi gambar penuh yang dikongsikan oleh Lisa Surihani dan Yusry. Lantaran
itu, ada segelintir Pengikut Pertikai Lisa Surihani Tak Kongsi Gambar
Anak.
Menurut Lisa, walaupun
sebelum ini hanya sekeping gambar cahaya matanya itu dikongsikan bersama, sudah
terdapat banyak akaun palsu di laman sosial yang menggunakan gambar tersebut dan
menjadi akaun untuk menjual beli dan juga servis. Hal ini amat membimbangkan
buat kedua pasangan ini.
“Bayangkan selepas foto
kami bertiga didedahkan, kami sendiri terkejut melihat betapa banyak akaun laman
media sosial termasuk Instagram yang diwujudkan khalayak atas nama Yahaira. Ada
pula yang mengambil keuntungan di atas akaun terbabit dengan menjual barang dan
perkhidmatan”.
“Hal ini sendiri cukup
merisaukan Lisa sebagai ibu,” jelas Lisa kepada BH Plus. Sebelum ini, pasangan
ini pernah memberitahu bahawa mereka mahu membesarkan Yahaira sama seperti
kanak-kanak lain dan mengharapkan agar peminat dan orang ramai dapat menghormati
privasi mereka.
Jika inilah keputusan
Lisa dan Yusry siapa kita untuk mempertikaikan. Lagipun mungkin ini cara terbaik
Lisa dan Yusry melindungi anak mereka. Apapun tak dapat dinafikan ramai lagi di
luar sana yang masih mengharapkan Lisa berkongsi gambar anak sulungnya kepada
umum. Sama-samalah kita tunggu, mungkin Lisa dan Yusry akan kongsikan gambar
anak mereka suatu hari nanti?
0 Response to "Lisa Surihani Jelas Punca Enggan Kongsi Gambar Anak Di Media Sosial"
Post a Comment