
PIHAK pengurusan pusat
beli belah The Curve menafikan kes penculikan hampir berlaku terhadap pelakon
baharu Zahirah MacWilson seperti mana didakwanya.
Zahirah sebelum ini
dalam kenyataannya kepada mStar mengatakan, dia hampir diculik ketika
berjalan bersendirian ke parkir keretanya di pusat beli belah
berkenaan.
Memetik kenyataannya
yang tersiar Zahirah dilaporkan berkata, “Kejadian buruk itu berlaku
petang semalam (Rabu) di parking The Curve ketika hendak pulang, ketika
itu saya bersendirian.
“Tapi saya tidak mahu
cerita bagaimana ia berlaku, cukuplah saya katakan agar kaum wanita lebih
berhati-hati ketika berada di tempat parking dan kunci pintu bila sudah berada
dalam kereta.”
Bagaimanapun pihak
pengurusan The Curve menerusi komen pada satu screen captureyang
disiarkan di Forum Cari mendakwa, kes seperti mana diceritakan oleh
Zahirah tidak berlaku.
Wakil pusat beli belah
itu menulis, pihak mereka mengambil serius dakwaan tersebut dan terus mengadakan
siasatan sebaik mengetahuinya.
Namun setelah memeriksa
kamera keselamatan litar tertutup (CCTV), tiada satu bukti kukuh pun yang
diperoleh bagi mengesahkan ada berlaku kejadian penculikan seperti didakwa
aktres terbabit.
Turut didedahkan, tidak
ada sebarang laporan polis dibuat berhubung insiden tersebut.
The Curve turut
menegaskan, keselamatan pengunjung adalah keutamaan mereka dan pasukan sekuriti
disediakan dengan banyak bagi tujuan ini. – MYNEWSHUB.CC
0 Response to "The Curve Nafi Berlaku Insiden Culik Seperti Didakwa Zahirah"
Post a Comment