BAGI yang mengikut
perkembangan artis comel, Emma Maembong menerusi Instagram, pastinya mengetahui
pelakon jelita ini bersama ahli keluarga telah melancong ke Paris, Perancis
baru-baru ini.
Bagaimanapun, susulan serangan
letupan yang berlaku di Paris lewat Jumaat (awal Sabtu waktu Malaysia), sedikit
sebanyak mengundang tanda tanya peminat tentang perkhabaran Emma sekeluarga di
sana.
Bercakap kepada mStar
Online, Emma memberitahu dia berada dalam keadaan selamat dan tidak
terlibat menjadi mangsa dalam serangan itu kerana baharu sahaja pulang dari
negara itu tiga hari lalu.
“Alhamdulillah, saya
dan ahli keluarga lain selamat sahaja kerana kami sudah pulang sejak tiga hari
lalu, malah sekarang pun sudah mula kembali
bekerja,” ujarnya.
Sementara itu, pelakon yang
sering dikaitkan dengan Kamal Adli ini mengakui, dia berasa terkejut dengan
serangan berdarah yang berlaku di kota romantis itu.
Emma dan adik-beradiknya iaitu
Chacha, Yaya, Ahmad serta abang iparnya Wan Raja melancong ke negara Eropoh
selama seminggu sbelum pulang ke tanah air pada Rabu lalu.
Kira-kira lebih 150 telah
terbunuh dalam serangan di beberapa lokasi berlainan di Paris, manakala puluhan
orang awam yang lain dilaporkan cedera. – MYNEWSHUB.CC
0 Response to "Serangan Paris: Saya Selamat, Sudah Balik Malaysia – Emma Maembong"
Post a Comment