BELUM memulakan penggambaran,
filem Abang Long Fadil 2 sudah pun hangat diperkatakan dek kerana
kontroversi yang timbul melibatkan pelakon utamanya.
Siapa lagi kalau bukan dua
hero iaitu Zizan Razak dan Kamal Adli yang telah menjayakan filem tersebut
sebelum ini.
Bagaimanapun, semua maklum
bahawa nama Kamal tidak tersenarai untuk berlakon dalam sekuel kedua ini dan
hanya Zizan dikekalkan.
Ini berikutan, penerbit filem
tersebut, Datuk Yusof Haslam sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa
keputusannya itu dibuat kerana pihaknya tidak mahu sebarang konflik timbul kelak
di set penggambaran susulan perasaan kurang senang yang wujud antara Zizan dan
Kamal.
Dalam pada itu, pengarah filem
tersebut, Syafiq Yusof memberitahu, dakwaan yang tersebar tentang isu
pengguguran Kamal hanyalah salah faham semata-mata.
“Tiada isu pengguguran nama
Kamal seperti yang diperkatakan. Apa yang telah tersebar hanyalah salah
faham.
“Bukan Kamal sahaja yang tidak
tersenarai dalam filem kali ini, malah semua pelakon lain dari filem terdahulu
kecuali Zizan.
“Hanya watak Fadil
(Zizan) sahaja yang dikekalkan bersama pelakon-pelakon baru yang membawakan
watak baru,” kata Syafiq seperti yang dipetik di portal Mangga
Online.
Syafiq mengulas isu pemilihan
pelakon itu dalam majlis pelancaran sekuel filem Abang Long Fadil 2 di Restoran
Haslam, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Difahamkan, selain Zizan,
filem ini turut menampilkan pelakon-pelakon lain seperti Datuk AC Mizal, Tania
Hudson, Achey, Shuib Sepahtu, A Galak, Wak Doyok dan Syamsul Yusof. – SUMBER
MYNEWSHUB.CC
0 Response to "‘Zizan Satu-Satunya Pelakon Abang Long Fadil Terdahulu Yang Kekal’"
Post a Comment