Salina tidak
dapat menahan sebak ketika menceritakan kepayahan hidupnya.
PASIR GUDANG - Gara-gara suami yang bersikap
cemburu terlampau, seorang wanita hidup menderita selepas ditinggalkan suami
September lalu.
Salina Ahmad, 33, (bukan nama sebenar) berkata,
kehidupannya dihimpit kepayahan dalam menyara lima anak yang berusia tiga hingga
sembilan tahun, apatah lagi sedang mengandung anak keenam.
Menurutnya, kesabarannya sudah benar-benar
teruji selepas hampir 10 tahun hidup terseksa mental dan fizikal kerana sikap
suami yang bukan sahaja panas baran dan terlalu cemburu, malah gagal dalam
menyediakan kewangan keluarga.
“Saya tertekan hidup kami dalam serba
kekurangan kerana dia bekerja tidak menentu, tetapi menuduh saya curang dengan
lelaki lain apabila saya ingin bekerja membantu menambah pendapatan
keluarga.
“Saya akhirnya hilang sabar selepas dia
mendesak melakukan hubungan suami isteri dalam keadaan telanjang bulat di depan
anak-anak pada malam hari raya haji lalu.
“Dia marah sehingga melafazkan cerai apabila
saya menolak kemahuannya dan enggan kembali ke pangkuannya walaupun sesekali
datang menjenguk anak-anak,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Kampung
Plentong Baru, di sini, kelmarin.
Salina berkata, mereka enam beranak terpaksa
mengikat perut kerana tiada punca pendapatan selepas gagal mendapat pekerjaan
disebabkan sedang hamil tujuh bulan.
Menurutnya, rumah pusaka yang didiami juga
bukan sahaja bocor, malah menanti untuk roboh selepas sebahagian besar dinding
sudah dimakan anai-anai.
“Saya hanya mengharap belas ihsan ayah yang
sudah tua menghulurkan makanan sehingga kadang-kala anak-anak saya hanya makan
nasi berkuahkan minyak masak.
“Kalau tak ada beras langsung saya berikan
mereka ubi kentang yang digoreng dengan bawang atau jemput-jemput pisang untuk
mengisi perut.
“Saya merayu supaya diberikan tempat tinggal
kerana saya sebenarnya takut tinggal di rumah ini. Lagipun saya mahu memulakan
hidup baharu dengan bekerja untuk menyara anak-anak saya selepas bersalin nanti
dan berpeluang menghantar anak-anak ke sekolah,” katanya.
0 Response to "Suami Buat Tindakan GILA Pada Isteri Kerana Tolak Ajakkan Bersetubuh Depan 5 Orang Anak"
Post a Comment