Angkatan
Muda Keadilan meluahkan perasaan kesal mereka dengan kenyataan yang telah
dikeluarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri yang berkata
kononnya kaum Bumiputera akan menjadi pencuri sekiranya tidak menerima bantuan
dari kerajaan.
Ketua
Penerangan Angkatan Muda Keadilan Lee Chean Chung berkata kenyataan seumpama itu
tidak wajar dikeluarkan oleh seorang menteri kerajaan pusat.
“Kenyataan
itu berunsur penghinaan dan membawa maksud bumiputera yang miskin akan menjadi
pencuri.
“Kenyataan
yang mengatakan bahawa seseorang akan menjadi pencuri seandainya tidak mendapat
bantuan kewangan adalah amat menghina kerana akhlak seseorang insan adalah tidak
berkaitan sama ada seseorang itu mendapat bantuan kewangan daripada
kerajaan.
“Saya
amat kecewa dengan Nancy Shukri kerana memegang jawatan Menteri tetapi tidak
memahami keadaan kehidupan warga miskin di Malaysia.
“Hakikatnya,
terdapat ramai warga miskin sama ada di bandar dan luar bandar yang menampung
kehidupan mereka sendiri dengan bekerja keras dan mencari rezeki kehidupan dari
sumber yang halal,”
katanya memetik artikel dari suarapakatandaily.
Lee
juga menambah terdapat bumiputera yang bekerja sehingga lebih dari 12 jam sehari
untuk mendapatkan gaji minima RM1,000 dan mempersoalkan mengapa Nancy sanggup
mengaitkan masalah kemiskinan dengan jenayah.
“Padahal,
yang menjadi pencuri di dalam negara bukan warga miskin, tetapi terdiri juga
daripada mereka yang kaya-raya, memegang jawatan tinggi dan mencuri duit
rakyat.
“Adakah
mereka yang terlibat dengan rasuah merupakan golongan miskin yang tidak mendapat
bantuan? Adakah isu yang didedahkan dalam laporan audit negara yang menglibatkan
ketirisan dan pemborosan dilakukan oleh golongan miskin yang tidak mendapat
bantuan? Siapakah yang mendapat duit berbilion Ringgit di dalam akaun
peribadi?”
tanya Lee.
Selain
itu Lee juga mendesak agar Nancy menarik balik kenyataan tersebut dan meminta
maaf kepada seluruh warga Malaysia.
“Saya
mendesak Nancy supaya menarik balik kenyataannya dengan segera dan meminta maaf
kepada seluruh warga Malaysia atas kenyataannya yang memperlekehkan usaha
penghapusan kemiskinan,”
kata beliau.
Sebelum
ini, kenyataan dari Nancy pada 8 November lalu mencetus pelbagai kritikan dari
banyak pihak apabila beliau berkata bumiputera akan mula mencuri sekiranya tidak
dibantu.
"Jika
anda tidak membantu ... masalah sosial akan berlaku. Kerana mereka akan
ketinggalan jauh di belakang, akan ada masalah sosial. Itulah keadaannya, jika
mereka tidak mempunyai wang, apa yang mereka akan lakukan? Mereka akan mula
mencuri "-
kata Nancy dialih bahasa dari laporan dari TheMalayMail
Online.
0 Response to "Tarik Balik Kenyataan & Minta Maaf Kepada Seluruh Warga Malaysia - Desak AMK Kepada Nancy"
Post a Comment