##
26/10/2015 Pengalaman yang AMAT TERUK di Bentong! SILA SHARE!!!!
Lebih
kurang 1 bulan lepas, kereta saya ada masalah di bahagian battery dan kedai
battery mengenalkan saya hantar kereta ke bengkel bernama BENTONG BENZ AUTO di
Taman Mawar Indah berdekatan Jalan Kuala Lumpur lama (Bentong 12 Kedai) untuk
dibaiki. Saya tinggalkan kereta di bengkel tersebut sebab pekerja India tidak
tau macam mana nak check dan kena tunggu Boss balik check….
Petang
hari yang sama, boss bengkel tersebut call saya dan bagitau bahawa kereta saya
ada masalah wiring yang serius di bawa dashboard dan radio. Anggaran ambil masa
kurang-kurang 2 minggu untuk baiki. Kos baiki lebih kurang 2-3 ribu….
Saya
tidak setuju dan kembali ke bengkel tersebut dan ingin ambil balik kereta saya
untuk hantar ke Kuala Lumpur check. Boss tu minta saya bayar RM150 untuk kos
memeriksa. Saya terkejut sebab dia tidak bagitau dahulu sebelum dia check. Saya
enggan bayar RM150 dan cuma bayar RM50 sahaja. Boss tu marah saya seperti
pengemis, dan kata mau ajar saya jadi orang!!!
Lepas
saya balik Kuala Lumpur, didapat tahu kereta saya hanya cable di bahagian
battery longgar dan lepas di screw balik, masalah diselesai. Saya masih bimbang
dan tidak buat apa-apa ulasan. Lepas 1 bulan saya bawa kereta saya memang tak
ada masalah lagi….
Hari
ini saya dengan abang saya kembali ke bengkel tersebut dan ingin berunding sama
boss tersebut supaya menunjukkan report yang dia check pada hari tu atau resit.
Boss bengkel tu terus masuk office dia dan ambil satu pasang gali besi dan
keluar, dan suruh kami pukul dia….
Kami
bagitau bahawa kami bukan nak cari gaduh tetapi untuk dapatkan alasannya tentang
apa yang dia periksa kereta saya 1 bulan lepas. Dia enggan jawab dan langgar
bahu abang saya dengan bahu dia. Lepas tu dia pura-pura jatuh atas lantai dan
bingkas bangun dan mengejar abang saya. Abang saya terus larikan diri dan boss
tu terus berpusing balik ke arah saya dan memukul muka saya dengan gali
besinya…..
Kami
tidak sempat nak tahan dan tidak sangka boss tu boleh macam ini gila dan kuat
badannya! Muka saya berdarah parah dan saya rasa nak pengsan. Saya jerit
pertolongan dari abang, dia patah balik. Saya nampak boss tu nak pukul abang
saya, saya terus berpeluk badan dia untuk berhentikan dia. Dia tidak berhenti
untuk menghantam muka saya dengan gali besi tu sampai saya boleh rasa darah saya
meletus dari muka saya…..
Tiba-tiba
kita tiga-tiga berpeluk di atas lantai. Dan dengan mengagumkan tangan saya telah
lock tangan kanan ( bersenjata ) dan lehernya. Dia tidak dapat bergerak lagi
sebab saya teleh mengeluarkan kesemua tenaga yang saya masih ada lagi untuk lock
dia. Kami minta dia lepaskan senjata dan berhenti hantam. Dia enggan dan terus
pegang gali besi tu dengan kuat…..
Nampaknya
kami telah berjaya menahan dia, kami minta orang yang ada di tepi untuk lapor
polis. Semasa itu ada satu uncle Melayu umur lebih kurang 50 lebih disangka
customernya, mungkin terperanjat dan terus berdiri diam sahaja di tepi dan tidak
buat apa-apa. Di sampingnya, ada 3 lelaki India dan 2 lelaki Melayu disangka
pekerjanya hanya berdiam di tepi dan salah satu orang masih ambil video dengan
Handphonenya…..
Agak-agak
lepas 1 minit, boss tu hampir nak patahkan ibu jari abang saya sampai dia
terjerit! Lepas tu pekerja indianya bermula datang untuk tolong bossnya. Salah
satu orang cuba tarik keluar abang saya. Kami tau jika boss itu terlepas, dia
akan terus hantam muka kami dengan gali besi tu. Saya terus gigit bahu tangan
kirinya dengan sedaya upaya sampai dia lepaskan gali tersebut….
Kami
merampaskan gali tersebut dan terus melarikan diri ke balai polis Bentong.semasa
kami di kereta. 3 pekerja Indianya masih mau tahankan kereta kami dan ambil
balik gali tersebut. Saya terus tekan minyak dan lari….
Kami
sampai di Balai Polis Bentong, polis nampak saya telah cedera parah, dan bagi
satu surat untuk pergi ke hospital untuk dirawat dahulu baru buat report. Kami
pun pergi hospital. Yang menariknya boss itu telah sampai di hospital dahulu
sebelum kami sampai….. Dia buat macam susah nafas dan muka macam mau mati. Dan
dia pergi buat laporan polis juga selepas Doctor check badannya tak ada apa-apa
masalah….
Doctor
telah menjahit 12 jahitan di tepi mata sebelah kiri saya dan 5 jahitan di
belakang telinga. Tulang kepala saya pun dah retak. Lepas rawatan, saya ambil
report dan kembali balik Balai Polis Bentong untuk ambil statement. Sementara
ini pihak polis kata masih dengan siasat dan CCTV Bengkel tersebut adalah palsu.
Tiada apa-apa record. IO in-charge marah kami kenapa pergi sibuk orang punya
pasal!! Sampai pukul 10 malam baru keluar dari balai polis….
Saya
berharap mangsa-mangsa yang telah ditipu boleh ceritakan sedikit supuya orang
lain tidak jadi mangsa lagi….
Minta
pertolongan rakan-rakan yang saya tag sila sharekan! Terima kasih
banyak-banyak….
Sumber
: http://0hhsem.blogspot.my/
Sumber: bloggercomel13
0 Response to "Tragis!! pengalaman ngeri ..dah la kena tipu.. kena belasah pulak tu!!"
Post a Comment