Besut: Polis akan
menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian buli di sebuah sekolah kebangsaan
di daerah ini yang menjadi viral di laman sosial.
Ketua Polis Daerah Besut
Superintendan Khaled Che Lah berkata, pihaknya sudah menerima laporan berkaitan
kejadian yang dibuat bapa mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut,
sekitar jam 9 pagi tadi.
"Kejadian itu dikatakan
berlaku pada 15 Oktober lalu dan polis akan menjalankan siasatan termasuk
mengesan penyebar video berkenaan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,"
katanya.
Rakaman video enam minit
29 saat itu menunjukkan beberapa murid dianggar berusia antara 10 hingga 12
tahun membuli mangsa yang juga murid sekolah berkenaan dipercayai di surau
sekolah berkenaan.
Dalam rakaman itu, berapa
murid dilihat menendang dan menyepak mangsa serta melakukan beberapa kekasaran
lain.
Difahamkan, kejadian itu
sudah kerap berlaku terhadap mangsa yang juga pengawas sekolah berkenaan tetapi
mangsa tidak menceritakan kejadian itu kepada keluarga atau pihak
sekolah.
0 Response to "VIDEO PENGAWAS SEKOLAH RENDAH DIBULI JADI VIRAL"
Post a Comment