
SEBUAH video yang memaparkan
aksi dramatik dua orang wanita bertindak ganas memecahkan cermin sebuah kereta
telah menjadi viral menerusi media sosial di China.
Kejadian yang berlaku di
Enhui, di wilayah Hubei itu dikatakan berlaku kerana wanita tersebut berang
selepas mendapati suaminya telah berlaku curang terhadapnya.
Wanita tersebut datang dengan
adik perempuannya dan mereka berdua telah bertindak memecahkan tingkap kereta
yang dipandu lelaki itu serta dinaiki wanita simpanannya.
Baca: Video Wanita Pecahkan
BMW, Berang Suami Curang
Menerusi video itu, lelaki
tersebut dilihat telah keluar menggunakan pintu penumpang di belakang sebelum
dia pula diketuk menggunakan kayu yang dipegang isterinya.
Kegarangan dua wanita
berkenaan turut menyebabkan orang ramai dan anggota polis yang berada di situ
hanya mampu memerhati sahaja drama ‘percuma’ tersebut tanpa berbuat
apa-apa.
Menurut sumber, insiden
tersebut telah berjaya ditangani oleh pihak polis dan keempat-empat individu
yang terlibat telah ditahan untuk soal siasat. – SUMBER MYNEWSHUB.CC
0 Response to "(VIDEO) WANITA PECAHKAN CERMIN KERETA SUAMI CURANG DAN KEKASIH"
Post a Comment