
Zahirah MacWilson dan Zul
Ariffin
Mungkin sudah ramai yang
menjangkakan jawapan yang diberikan oleh Zul Ariffin mengenai status sebenar
hubungannya bersama penerbit filem, Gayatri Su-Lin Pillai. Melalui portal
Malaysian Digest, Zul mengakui bahawa hubungan mereka sudah lama
berkakhir.
“Saya dengan dia (Gaya), kami
sudah lama tiada apa-apa hubungan. Masing-masing pun dah move-on,” jelasnya
terhadap hubungan yang sudah terjalin selama tiga tahun itu. Dalam masa yang
sama, pelakon ini menjelaskan bahawa hubungannya bersama Zahirah MacWilson, baru
berputik.
“Kami masih baru sangat.
Rapat. Tapi tiada apa yang boleh dikongsi lebih-lebih. Saya tak marah tentang
orang ambil gambar kami ketika itu. Itu perkara biasa. Sedangkan kalau saya
ambil gambar dengan mak saya pun pernah jadi isu”
“Sebagai seorang anak seni,
itu antara cabaran dan dugaan yang kami terpaksa hadapi di mana orang seperti
kami sentiasa diperhatikan,” jelasnya kepada portal berkenaan. Jawapan Zul
akhirnya memberikan status sebenar hubungannya bersama bekas kekasih dan juga
Zahirah.
Semoga hubungan bersama
Zahirah ini akan membawa satu dimensi baru buat Zul Ariffin. Baguslah jika sudah
move on dan mencari pengganti. Malah khabarnya peminat sudah mula mendokan yang
terbaik buat pasangan ini. (rtky/s)
SUMBER MALAYSIAN DIGEST
0 Response to "Zul Ariffin Dedah Kini Tiada Hubungan Bersama Gayatri, Sudah Move On"
Post a Comment