
Sejak
kebelakangan ini, kita sering terlihat di dada media sosial tentang keburukan
penjawat awam lebih-lebih lagi mereka yang berkhidmat di dengan masyarakat yang
ramai seperti di hospital atau kaunter-kaunter seperti bank, jabatan pendaftaran
atau mana-mana yang melibatkan urusan orang ramai seharian.
Jarang-jarang
sekali kita melihat di dada media kebaikan mereka ini walaupun yang 'buruk' itu
hanya segelintir di kalangan penjawat awam.
Disebalik
isu semasa melibatkan kakitangan JPN, Kakitangan hospital dan pelbagai lagi,
kita lupa akan pengorbanan mereka yang betul-betul ikhlas membuat kerja membantu
masyarakat.
Berikutkan
itu, seorang doktor bernama Abdul
Rahman Abdul Kadir telah
membuat luahan ini di laman Facebooknya yang menunjukkan contoh seorang
kakitangannya yang melakukan tugas ikhlas membantu masyarakat tetapi menurutnya
perkara seperti ini pasti tidak mendapat perhatian masyarakat, sebaliknya hanya
keburukan yang lebih di cari.
Berikut
adalah tulisan beliau,
Gambar
di bawah saya jumpa di media sosial. Ia adalah staff saya. Seorang Penolong
Pegawai Perubatan (PPP) atau nama lainnya adalah MA (Medical Assistant). Zaman
dahulu jawatan ini dipanggil sebagai Dressar.
Jawatan
ini adalah salah satu jawatan paramedik bersama para jururawat (nurse). Mereka
(paramedik) adalah merupakan tulang dan sendi perkhidmatan kesihatan.
Mereka
bertungkus lumus bersama doktor untuk berkhidmat menyelamatkan pesakit, merawat
dan memantau pesakit pada setiap masa.
Penat
pekerjaan mereka bukan kepalang. Kadang kala terpaksa bekerja double syif demi
berkhidmat demi negara.
Lihatlah
gambar itu. MA saya mengangkat sendiri seorang nenek tua yang tidak bermaya
turun tangga kerana nenek tersebut terlalu uzur dan flat nenek tersebut tiada
lif. Senyuman tidak lekang dari mulutnya sungguhpun beban yang dipikul adalah
berat.
Begitulah
pengorbanan kakitangan KKM dalam menjalankan tugas. Kami mengetepikan rasa
penat, perasaan geli, takut malah keluarga kami kadangkala berkecil hati kerana
kami terpaksa meninggalkan mereka atas panggilan yang mendesak. Betapa banyak
kenduri kendara dan hari perayaan yang kami tidak dapat bersama kerana
berkhidmat untuk anda dan negara.
Tapi
gambar seperti ini tidak akan pernah viral. Tiada penghargaan untuk senyuman
ikhlas dan jerih payah perawat kesihatan kerana macai kata itu memang kerja
mereka dan mereka dibayar gaji untuk merana.
????????
Yang
akan viral adalah penjawat awam sombong, tidak senyum dan berlagak nak mampus
(semua persepsi) semasa mereka tiba untuk rawatan bagi kes bukan kecemasan di
Jabatan Kecemasan pada jam 3 pagi ketika kami amat sibuk.
Wahai
sahabat2ku penjawat awam terutamanya warga KKM...bersabarlah atas cercaan dan
penghinaan yang dilemparkan kepada kita.
Biar
kita viral di akhirat dan mewangi nama kita dipuji Allah dan malaikat.
Ameen.

0 Response to "Yang Mereka Nampak Hanyalah Penjawat Awam Sombong, Gambar Seperti ini Pasti Tidak Akan viral"
Post a Comment