'BADUT POLITIK' MASIH MEROYAN LEPAS PAU?




Itu persoalan yang dibangkitkan oleh mereka yang sama ada berada didalam PWTCatau pun diluar. Rata - rata, mereka masih lagi skeptikal dengan keadaan yang melanda UMNO pada ketika ini.

Kalau dilihat sejak kebelakangan ini, konflik diantara pemimpin UMNO agak mengganggu - gugat kerja - kerja untuk terus memartabatkan agenda pemerkasaan bangsa Melayu itu sendiri.

Lepas satu persatu isu dibangkitkan dan menjadi persoalan dikalangan rakyat, terutama mengenai kenaikkan kos sara hidup serta isu - isu yang agak kontroversi seperti 1MDB dan sebagainya.

Maka, kesatuan dikalangan pemimpin itu amat perlu bagi UMNO untuk menyelesaikan masalah - masalah yang dibangkitkan agar ianya tidak membebankan rakyat secara keseluruhan.

Itu diantara hasrat dan harapan yang dizahirkan oleh mereka yang berada diluar dewan Merdeka ketika ditemui. Tapi, adakah mampu untuk kita melihat UMNO kembali seperti biasa?

Adakah dengan melihat pemimpin berpeluk diantara satu sama lain dapat menyelesaikan masalah yang sedang membebani rakyat? Atau, masih adakah episod pedih yang perlu ditanggung oleh ahli?

Kalau kita lihat mood para perwakilan yang berbahas sejak petang Khamis yang lalu, nampak seperti mereka mendambakan perdamaian dikalangan pemimpin - pemimpin UMNO.

Tapi tak mustahil jugak selepas Perhimpunan Agung UMNO ini melabuhkan tirai, ada dikalangan petualang yang nak menjahanamkan perpaduan diantara pemimpin tidak senang duduk.

Jangan pelik jika esok kita boleh dengar dakwaan serta tuduhan yang dilemparkan oleh individu - individu tertentu mengecam serta mengutuk Presiden UMNO dengan pelbagai andaian.

Apa yang pasti, 'Badut - Badut Politik' seperti itu tidak akan puas dengan agenda tersembunyi mereka melainkan kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri dapat dipenuhi. 



Maka sebab itu kita kata, tidak mustahil sekiranya 'Badut - Badut Politik' yang mempunyai agenda mereka sendiri ini akan terus berusaha untuk memburukkan parti walaupun sebelum ini mereka pernah memegang jawatan tertinggi didalam parti!!!

0 Response to "'BADUT POLITIK' MASIH MEROYAN LEPAS PAU?"

Post a Comment