COOL! ISTERI OBAMA BINTANGI VIDEO RAP

Isteri kepada Presiden Amerika Syarikat yang ke-44, Michelle Obama sememangnya layak digelar ‘First Lady’ paling ‘cool’ dan ‘sporting’ dengan membintangi video rap bersama pelawak TV, Jay Pharoah, baru-baru ini.
Muzik video berjudul ‘Go To Collage Music Video’ itu mempunyai kata-kata nasihat tentang kesedaran mengenai pendidikan dan galakan kepada golongan belia untuk melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi.
Video yang dilancarkan menerusi laman Youtube pada 10 Disember 2015 lalu, sekali gus menjadi viral seluruh dunia dan ditonton lebih 2 juta kali.


Walaupun memegang status isteri kepada Barack Obama, Michelle, 51, ternyata memiliki karakter selamba tampil memakai kaca mata berwarna hitam dan menyampaikan nyanyian rap dengan pelbagai gaya yang gila-gila.
1401x788-jay_michelle02
Difahamkan, lagu rap ini digubah oleh selebriti YouTube, The Gregory Brothers, dengan bantuan laman web CollegeHumor sebagai sebahagian daripada kempen Reach Higheryang dikendalikan oleh Michelle.

Sebelum ini, Michelle pernah mengejutkan ramai apabila tidak kekok menari mengikut rentak lagu ‘Uptown Funk’ nyanyian Bruno Mars bersama-sama penari latar dan pengacara dalam program ‘The Ellen Degeneres Show’ .

0 Response to "COOL! ISTERI OBAMA BINTANGI VIDEO RAP"

Post a Comment