KES ROG0L BUDAK, ABANG NICKI MINAJ DIDAKWA


NEW YORK – Abang sulung kepada penyanyi popular dan sensasi antarabangsa, Nicki Minaj, didakwa atas kesalahan merogol kanak-kanak berusia 12 tahun.
Menurut media tempatan, Jelani Maraj yang berusia 37 tahun itu telah ditahan oleh polis Amerika Syarikat pada 1 Disember lalu di Long Island dekat sini.
Namun, beliau telah diikat jamin sebanyak AS$100,000 (kira-kira RM419,000) daripada menjalani hukuman penjara daerah Nassau di Timur Meadow.
Lelaki itu yang tinggal bersama isterinya, Jaqueline di Baldwin dengan dua anaknya masing-masing lelaki berusia lapan tahun dan perempuan 12 tahun.
Dalam pada itu, Nicki, 32; dilaporkan terkejut dengan kes tersebut malah berdoa agar abangnya dirahmati tuhan dan menyayangi Jelani sepenuh jiwanya.
Agensi berita tempatan pula melaporkan, kejadian hitam berkenaan dipercayai telah berlaku sebanyak dua kali antara bulan April dan November lalu.
Beliau dijadualkan kembali mendengar pendakwaan kes tersebut di sebuah mahkamah pada 9 Disember ini. 

0 Response to "KES ROG0L BUDAK, ABANG NICKI MINAJ DIDAKWA"

Post a Comment