Harapkan
panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Itulah rumusan yang boleh
dibuat terhadap situasi rumah tangga aktres Fasha Sandha dan Rizal Ashram Ramli
yang kini semakin retak.
Sumber
sahih yang memaklumkan berita itu kepada mStar Online berkata, Fasha atau nama
sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 31, dipercayai telah mengunjungi sebuah
pejabat agama Islam baru-baru ini.
Namun
tidak dipastikan kunjungan itu sama ada untuk mendapatkan kaunseling hal rumah
tangga ataupun nasihat mengenai urusan perceraian.
Tambah
sumber itu, keretakan rumah tangga Fasha dan Rizal atau lebih dikenali sebagai
Jejai, 39, disebabkan campur tangan pihak ketiga yang dipercayai melibatkan ahli
keluarga Jejai sendiri.
Lebih
parah lagi ujar sumber itu apabila bekas isteri Jejai iaitu Nora Danish
dikatakan turut terbabit sama.
“Masalah
ini sebenarnya sudah lama berlarutan berikutan konflik dengan keluarga mertua
Fasha.
“Nora
dan salah seorang keluarga Jejai saling memburukkan Fasha di laman sosial dan ia
membuatkan rumah tangga pasangan itu semakin goyah,” kata sumber tersebut.
Tambahnya,
isu berkenaan telah menjadi perdebatan peminat Fasha Sandha dan Nora di laman
sosial mereka.
Fasha
dan Jejai telah bernikah pada 27 April 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata
iaitu Putra Rayfal yang berusia dua tahun dan Putri Raysha Jemyma yang berumur
setahun.
Sebelum
itu Jejai pernah bekahwin dengan Nora Danish pada 20 Jun 2006 dan bercerai pada
10 Julai 2008.
Hasil
perkahwinan itu mereka mendapat seorang anak lelaki iaitu Putra Rayqal yang kini
berusia tujun tahun.
Usaha
mStar Online untuk mendapatkan pengesahan daripada kedua-dua artis terbabit
bagaimanapun gagal.
0 Response to "RUMAHTANGGA FASHA SANDA RETAK, NORA DANISH JADI PUNCA?"
Post a Comment