Zahirah MacWilson yang
mengakui dirinya selesa bersama pelakon lelaki, Zul Ariffin sekali lagi berdepan
dengan komen negatif dari netizen dan kali ini dia digelar sebagai perampas dan
sial.

“Saya tidak mahu nampak
menunjuk atau meraih simpati orang ramai dengan menunjukkan kesan cakar penculik
di lengan dalam Instagram sebagai bukti membela diri. Begitu juga kisahnya
gambar-gambar Ayda dipadam di Instagram Zul. Itu semua hak Zul bukan atas arahan
saya, tapi entahlah, semuanya salah saya.
Zahirah mengatakan bahawa
apa saahaja kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau akan ditukarkan menjadi
negetif oleh segelintir pembenci dan adalah lebih baik jika beliau mendiamkan
diri.
Beliau juga mengakui pada
awalnya berasa sedih apabila membaca komen-komen dari pembenci yang sering
menghina dirinya.
“Sebagai contoh ada
yang kata saya sial, sengaja mencederakan diri dan sebagainya. Kalau boleh, saya
tidak mahu kontroversi yang terjadi menggugat minat saya untuk terus
berlakon,” jelasnya.
Zahira memberitahu bahawa
dia juga adalah manusia yang mempunyai kawan dan juga mempunyi naluri untuk
jatuh cinta. Dia juga menyifatkan Zul memiliki sifat kekeluargaan dan berasa
sangat serasi bersama Zul.
0 Response to "PANAS - Zahirah MacWilson Akui Sedih Digelar Perampas, Sial"
Post a Comment