Seorang remaja anorexia
hampir maut selepas tidak makan dan minum selama seminggu dalam usaha menjadi
kurus semata-mata kerana mahu menjadi popular di sekolah.
Ellen Lietzow, 17, enggan
minum walau setitik air pun apabila beratnya menjunam hingga bawah 31
kilogram.
Selepas seminggu berpuasa
tanpa menyentuh makanan dan minuman, dia mengalami sawan, hingga terpaksa
dikejarkan ke hospital.
Keadaannya amat teruk
hinggakan doktor dan jururawat terkejut kerana Elle masih hidup.
Menurut Elle, dia mahu
menjadi kurus kerana ia akan menyebabkan dia menjadi popular di kalangan rakan
sebayanya.
“Saya mahu jadi kurus
kerana mahu diterima oleh orang lain. Saya mendapat ramai kawan ketika saya
kurus dan dalam kelas renang, semua orang akan memuji saya.
“Saya berpendapat jika saya
sudah tidak berenang lagi, mereka akan terus menjadi kawan saya dan jika berat
saya meningkat, saya akan kehilangan kawan,” katanya.
Elle, kini berusia 19 tahun
yang berasal dari Melbourne, Australia, sebelum ini telah dibuli dengan
rakan-rakannya dan digelar gemuk.
Keadaan itulah yang
menyebabkan dia tekad menjadi kurus dan salah satu cara ialah dengan menjadi
anorexia.
0 Response to "Remaja Hampir Maut Tak Makan Dan Minum 1 Minggu Untuk Kurus"
Post a Comment