Dr. Suresh Kumar Ramanathan yang
berpengalaman luas selama tempoh 21 tahun lamanya dalam Asia FX, dan juga
merupakan bekas ahli ekonomi Bank Negara Malaysia BNM serta pemegang PHD dalam
jurusan ekonomi dari Universiti Malaysia ada berkongsi pandangan beliau mengenai
trend Ringgit Malaysia 2016 kelak.
Selepas menempuhi tempoh yang cukup
bergelombang dan mencabar sepanjang tahun 2015, apa pula yang berlaku kepada
Ringgit Malaysia sepanjang 2016?
Kata Dr. Suresh ketidaktentuan
Ringgit Malaysia berpunca daripada masalah “liquidity” dalam pasaran. Dan beliau
juga mengatakan bagi separuh masa pertama tahun 2016, Malaysia berhadapan dengan
kemelesetan ekonomi secara teknikal.
Dan mengejutkan bagi Berita Semasa
apabila Dr. Suresh menjangkakan nilai Ringgit Malaysia akan cecah RM5.00 setiap
satu Dollar Amerika dalam tempoh 3 bulan yang akan datang sekaligus memberikan
tekanan dan bahang kepada beberapa sektor dan kumpulan yang
terbabit.
Tekanan-tekanan yang diterima
Malaysia termasuk :
- Ketidaktentuan potensi untuk turun rating kredit Malaysia
- Pengumuman kenaikan kadar faedah oleh Federal reserve
- Kelemahan ekonomi yang melanda Tanah Besar China sekarang
- Pasaran komoditi yang mengecut
- Kejatuhan mendadak harga minyak dunia
Telah memberikan warna dalam
kejatuhan nilai Ringgit Malaysia selama tempoh 12 bulan terakhir bagi tahun
2015 kali ini. Dan menjadi tukaran 1 USD to MYR menjadi lebih besar
Ringgit Malaysia 2016 : 1 USD to MYR. Inilah Sebebabnya..
Dan jangan kita semua terlepas
pandang yang mana negara polis Dunia, Amerika Syarikat sedang diambang Pilihan
Raya umum mereka yang memberikan nilai tambah kepada kekuatan Dollar Amerika
selepas ini.
Ditambah pula walaupun Malaysia
sudah pun melepasi ketidaktentuan kemungkinan pengumuman kenaikan kadar faedah
oleh Federal Reserve selama berbulan-bulan lamanya buat pertama kali selepas
kejatuhan ekonomi Amerika Syarikat tahun 2008, cabaran buat Malaysia tidak
terhenti setakat ini sahaja. Ini kerana dijangka akan berlaku 4 lagi kenaikan
kadar faedah oleh Federal Reserve pada tahun 2016 kelak.
Persoalannya :
- Pasti naik atau tidak?
- Jikalau jadi naik bila? Adakah pada separuh pertama tahun 2016 atau separuh kedua tahun 2016?
Ini semua bergantung kepada monetari
polisi oleh Federal Reserve.
Sekaligus memberikan tekanan
berterusan kepada nilai Ringgit Malaysia di masa akan datang.
P/S : 1 USD to MYR sehingga
bersamaan memberikan kesan besar kepada kos import makanan kepada negara
Malaysia
Sumber: rakyatsembang
0 Response to "1 USD to MYR Bersamaan RM5.00 Pada Suku Pertama Tahun 2016"
Post a Comment